FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Luangkan Masa Bersama Keluarga


AWANG Haji Mat Rooe bin Haji Mohammad dari Kampung Jangsak meluangkan masa beriadah bersama keluarga di Taman Jubli di ibu negara.

 


 December 22nd, 2018  |  07:03 AM  |   380 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seperti yang dimaklumi bulan Disember merupakan cuti penggal persekolahan hujung tahun dan setentunya ibu bapa dan keluarga sudah merancang percutian ke luar negeri mahupun cuti-cuti dalam negara.

 

Detik seumpama ini juga seharusnya dimanfaatkan oleh ibu bapa ataupun penjaga terutama mereka yang sengaja mengambil cuti untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak.

 

Pendekatan Pelita Brunei bersama beberapa orang pengunjung di salah sebuah taman riadah, Taman Jubli, iaitu Awang Haji Mat Rooe bin Haji Mohammad dari Kampung Jangsak berkata, kesempatan meluangkan masa bersama keluarga adalah suatu yang sangat bernilai dalam merapatkan lagi ikatan kekeluargaan.

 

Mereka yang merancang datang beriadah bersama tiga keluarga yang lain amat berpuas hati dengan adanya riadah seperti itu, di samping disediakan dengan kemudahan seperti tempat sembahyang serta bilik air bagi kemudahan bersama.

 

Namun beberapa perkara juga perlu diambil kira, antaranya dari segi keselamatan, beliau juga berpendapat agar tempat yang banyak pengunjungnya itu terjamin keselamatannya dengan adanya penjaga keselamatan.

 

Menurutnya lagi, tempat untuk bersantai, duduk sambil menjamu selera juga harus disediakan dengan teratur dan sempurna.

 

Tempat riadah seperti ini, jelasnya harus dikekalkan dan dipertingkatkan lagi kerana ia berpotensi untuk dimajukan demi keselamatan dan keselesaan para pengunjung yang datang bersama keluarga.

 

Sementara Dayang Hajah Masni binti Haji Sahaban menyatakan riadah mendaki bukit antara sukan yang berintensiti tinggi dan mencabar untuk sampai ke puncaknya, di samping menikmati keindahan alam flora dan fauna, sekali gus baik untuk terapi penglihatan dan minda.

 

Selain membentuk ukhuwah silaturahim yang erat, riadah bersama rakan-rakan katanya dapat sama-sama mendorong ke arah mementingkan gaya hidup yang sihat melalui dukungan dan semangat 'team work' yang mengutamakan sikap bantu-membantu sesama sendiri.

 

Atas dasar hobi, beliau yang bermastautin di Kampung Salambigar dan sudah bersara mampu melakukan kegiatan fizikal yang kental dan sering menaiki bukit-bukit yang berlainan bersama suami dan rakan-rakannya bagi menghilangkan rasa letih, di samping saling bertukar pandangan dan pengalaman masing-masing.

 

Apa yang paling penting adalah keindahan tempat-tempat riadah ini semestinya sentiasa dipelihara dengan amalan menjaga kebersihan agar ia menjadi satu daya tarikan bukan sahaja rakyat tempatan malahan pelancong asing yang datang ke negara ini. 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30