Home > Bahasa Melayu
95 Belia Sertai Perkhemahan Asas Pemimpin 5.0
ANTARA belia-belia yang menyertai Perkhemahan Asas Pemimpin 5.0 (Leaders Foundation Camp 5.0) di Perkampungan Sukan Berakas.
December 22nd, 2018 | 07:09 AM | 235 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 95 belia terdiri daripada 34 lelaki dan 61 perempuan menyertai Perkhemahan Asas Pemimpin 5.0 (Leaders Foundation Camp 5.0) di Perkampungan Sukan Berakas, di sini.
Perkhemahan yang berlangsung selama tiga hari dua malam tersebut disertai belia dari keempat-empat daerah yang berumur antara 16 hingga 25 tahun dari pelbagai sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab serta pelajar-pelajar tempatan daripada universiti-universiti di dalam dan luar negara.
Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai itu bertujuan membantu para belia menghadapi cabaran masa kini menerusi sesi perkongsian pengalaman bersama fasilitator-fasilitator Generasi Bekarih.
Selain itu, perkhemahan tersebut juga bertujuan untuk membina nilai moral generasi muda yang memfokuskan kepada kualiti kepimpinan, selain mengajar para belia asas-asas sebagai seorang pemimpin dan membantu mengubah cara pemikiran mereka, serta belajar cara-cara membimbing orang lain sebagai seorang pemimpin yang berkualiti.
Bagi belia-belia yang ingin menyertai perkhemahan tersebut, masih lagi berpeluang untuk mendaftar.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah mengikuti media sosial Generasi Bekarih di Instagram atau Facebook ataupun melayari laman sesawang 'www.generasibekarih.com' untuk pendaftaran dalam talian.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]