FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


AMBD Tetapkan Strategi Ke Arah 'Digital Payment Nation'


 


 December 22nd, 2018  |  07:12 AM  |   149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah menerbitkan 'Digital Payment Roadmap for Brunei Darussalam 2019-2025' yang merupakan salah satu inisiatif strategik ke arah transformasi industri pembayaran negara kepada pembayaran secara digital. Roadmap yang menetapkan strategi ke arah 'Digital Payment Nation' adalah selaras dengan strategi di bawah Financial Sector Blueprint 2016-2025 (FSBP) serta visi Wawasan Brunei 2035 dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi secara dinamik.

 

Transformasi digital tersebut akan mengambil kira tiga objektif utama, iaitu keseimbangan dalam peraturan dan inovasi; penggunaan 'Open Digital Payment'; serta kesedaran dan pendidikan orang ramai.

 

Sasaran utama, iaitu keseimbangan dalam peraturan dan inovasi, memerlukan perkembangan dalam peraturan pembayaran yang sedia ada bagi mengekalkan kestabilan dalam sektor kewangan, mempromosikan kerjasama antara pihak-pihak yang berkenaan dan membolehkan institusi-institusi kewangan serta pembekal-pembekal sistem pembayaran untuk mencipta penyelesaian kewangan yang inovatif di negara ini.

 

Objektif kedua pula adalah bagi mempercepatkan penerimaan penggunaan solusi pembayaran secara digital yang mempromosikan 'interoperability' pasaran dan menggalakkan persaingan secara kompetitif. Teknologi baharu yang inovatif boleh mengurangkan halangan kepada penerimaan penggunaan dan memperkenalkan mekanisme pembayaran yang selamat dan kos efektif bagi penerimaan di kalangan para peniaga.

 

Ketiga, usaha bersama di antara AMBD dan pihak-pihak berkenaan untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan orang ramai mengenai pembayaran secara digital agar dapat membina kepercayaan dan keyakinan terhadap penggunaannya.

 

AMBD menjangkakan peningkatan kerjasama yang bersepadu dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam membangunkan platform pembayaran digital yang selamat, cekap dan berdaya tahan. Ini akan mengembangkan teknologi kewangan di negara ini serta membolehkan produk dan perkhidmatan kewangan yang baru untuk diperkenalkan.

 

Sejak penubuhan AMBD pada tahun 2011, beberapa pembangunan infrastruktur pasaran kewangan domestik telah dicapai, termasuk sistem Real Time Gross Settlement (RTGS) pada tahun 2014; sistem Automated Clearing House (ACH) pada tahun 2016; dan sistem Central Securities Depository (CSD) pada tahun 2017. Penggunaan Direct Credit Transfer dalam sistem ACH yang telah beroperasi mulai Februari 2017 telah menyumbang kepada pengurangan penggunaan cek fizikal sebanyak 18 peratus pada tahun ini, dibandingkan dengan tahun 2016. Nilai cek yang diproses pada tahun 2018 berbanding dengan tahun sebelumnya juga dijangka menurun sebanyak 27 peratus.

 

Di era Revolusi Industri ke-empat ini, tahap celik teknologi kian meningkat dan penggunaan teknologi telah menjadi norma di kalangan masyarakat. Penerbitan Roadmap ini diharap akan dapat menjadi panduan bagi semua pihak berkepentingan dalam industri pembayaran untuk menghadapi cabaran dalam memperkenalkan ekonomi digital di Negara Brunei Darussalam dan memenuhi keperluan generasi akan datang.

 

AMBD akan mengukuhkan pengurusan risiko teknologi dan keselamatan siber secara berterusan dengan memberi panduan peraturan kepada institusi-institusi kewangan industri dan juga menjalankan pemeriksaan 'on-site' dan 'off-site' bagi memantau dan mengawalselia pengurusan teknologi dan keselamatan siber dalam institusi-institusi kewangan. AMBD juga telah melancarkan FinTech Regulatory Sandbox, di bawah Pejabat FinTech, untuk membolehkan syarikat atau perniagaan yang berkelayakan menguji produk atau 'solution' mereka dengan cara yang selamat dan cekap sambil menerima sokongan dari segi pengawalseliaan dari AMBD.

 

Maklumat lanjut mengenai Digital Payment Roadmap for Brunei Darussalam 2019-2025 boleh didapati di laman sesawang AMBD di 'www.ambd.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30