FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tiga Filem 'Box Office' Pakistan Ditayangkan


PEMANGKU Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey semasa hadir di majlis tersebut.

 


 December 22nd, 2018  |  07:31 AM  |   196 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Brunei Film Blitz yang disokong bersama Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Negara Brunei Darussalam, Al Bukhari Textiles serta Restoran dan Perkhidmatan Katering Seri Damai hari ini melancarkan Hari Penghargaan Filem 'The Real Pakistan' dengan menayangkan tiga buah filem 'box office' dari Republik Pakistan.

 

Tayangan filem yang bergenre komedi tersebut ialah 'Na Maloom Afraad (Unidentified Persons)', diikuti dengan 'Na Maloon Afraad 2' dan 'Actor in Law'.

 

Hadir pada pembukaan tayangan filem Pakistan yang berlangsung di Mahakarya Institute of Arts, Plaza Athirah itu ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey dan Pengarah Brunei Film Blitz, Siti Kamaluddin.

 

Panggung Pakistan telah memainkan peranan penting dalam kebudayaan negara tersebut. Bermula 2003, pengarah filem muda di Karachi membuat percubaan pembikinan filem dan menerbitkan filem kos rendah untuk menunjukkan bahawa pengisian berkualiti tinggi dapat dihasilkan di Pakistan menggunakan sumber yang terhad.

 

Ahmed Ali Sirohey ketika ditemui oleh pihak media menjelaskan, pihaknya berhasrat untuk mewujudkan hubungan antara industri perfileman Brunei bersama industri perfileman Pakistan di mana mereka mempunyai industri perfileman yang sudah berkembang di Karachi.

 

''Kami juga ingin menjemput pakar-pakar industri filem tempatan untuk datang ke Pakistan bagi mempelajari dan berjumpa dengan pengarah dan penerbit filem yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini agar dapat meraih manfaat yang diperlukan dalam membantu industri filem tempatan berkembang maju,'' ujarnya.

 

Justeru itu tambahnya, melalui pihak Suruhanjaya merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan industri di Negara Brunei Darussalam dan berharap akan dapat bekerjasama dalam menghasilkan program-program radio atau televisyen di antara kedua-dua negara.

 

Beliau juga menganggap filem dan media adalah alat yang sangat berkuasa (powerful tool) yang boleh menghubungkan orang ramai dan mampu mempamerkan adat dan kebudayaan sesuatu negara kepada dunia.

 

Sementara itu, Pengarah Brunei Film Blitz, Siti Kamaluddin pula berkata, filem yang ditayangkan tersebut merupakan antara filem yang menghidupkan semula pawagam Pakistan dan melancarkan gelombang baharu.

 

'Na Maloom Afraad (Unidentified Persons)' tambahnya, berjaya meraih USD1.3 juta hasil tayangannya dan merupakan filem pertama yang mencatat sejarah tayangan terpanjang di pawagam, iaitu selama 165 hari (22 minggu).

 

Menurutnya lagi, seperti yang dimaklumi, Negara Brunei Darussalam masih lagi baru dalam perfileman dan mereka berhasrat untuk memulakan industri perfileman di negara ini.

 

Dengan tayangan filem Pakistan tersebut memperlihatkan bagaimana kebudayaan dapat diperoleh daripada filem dan ia juga dihasrat agar para pembuat filem tempatan akan lebih memahami kepentingan wayang-wayang tempatan dalam usaha untuk menaikkan dan menempatkan Brunei dalam peta dunia, khususnya industri filem global.

 

Brunei Film Blitz yang dianjurkan sempena Brunei December Festival 2018 mengetengahkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan perfileman yang bermula sejak 9 Disember lalu dan akan berlangsung sehingga 29 Disember ini.

 

Brunei Film Blitz kali ini juga akan mengadakan pertandingan pembikinan filem pendek, '96 Hour Blitz', yang mana para peserta diberi masa 96 jam atau empat hari sahaja bagi menghasilkan sebuah filem pendek berdurasi tidak kurang tiga minit dan tidak melebihi enam minit.

 

Maklumat lanjut mengenai Brunei Film Blitz boleh dilayari melalui laman sesawang 'www.bruneifilmblitz.org'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30