Home > Bahasa Melayu
Syafiq Afeef Pilih Islam Sebagai Pegangan Hidup
LELAKI bangsa Iban, Wilfred Mark Junior anak Jamit melafazkan ikrar Islamnya dan kini dikenali sebagai Syafiq Afeef bin Abdullah Jamit.
December 22nd, 2018 | 07:38 AM | 212 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Syiar Islam di negara ini terus berkembang apabila seorang lelaki berbangsa Iban memilih agama Islam sebagai pegangan hidup dan anutan sebenar.
Majlis Pengislaman beliau berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Awang Haji Muhammad Irwan bin Haji Hambali.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan lafaz dua kalimah syahadah Wilfred Mark Junior anak Jamit, 20, yang memilih nama Islam sebagai Syafiq Afeef bin Abdullah Jamit.
Majlis Pengislaman yang disempurnakan oleh pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman, Bahagian Pengembangan Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah di sini turut diserikan dengan Dikir Marhaban bagi saudara baharu yang diraikan.
Menurut statistik yang diterima, dari Januari hingga November 2018, seramai 359 orang telah memeluk ugama Islam di seluruh negara di mana 179 daripadanya dari Daerah Brunei dan Muara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]