FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pencapaian Cemerlang Anggota TLDB Dihargai


PEMERINTAH Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad menyampaikan anugerah dan sijil kepada penerima.

 


 December 22nd, 2018  |  07:42 AM  |   918 views

MUARA

 

Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Perbarisan Akhir Tahun TLDB Bagi Tahun 2018 di Padang Kawad TLDB yang dipimpin oleh Leftenan Komander Malai Haszahrin bin Malai Yusof, TLDB.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

 

Acara dimulakan dengan ucapan perutusan daripada Pemerintah TLDB yang antaranya menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

 

Pemerintah TLDB juga menyampaikan rasa penghargaan atas pencapaian dan perkembangan yang melibatkan TLDB sepanjang tahun 2018.

 

Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah dan Sijil Pegawai Pemerintah Kapal Peronda Kelas Darussalam kepada dua Pegawai Kanan, iaitu 587 Kdr Md. Azrin bin Haji Mahmud, TLDB dan 613 Kdr Sonny Iskandar bin Rasani, TDLB. Manakala Sijil Awasan Anjungan disampaikan kepada 12 Pegawai Muda, manakala Anugerah 'Rules of the Road Master' diberikan kepada 951 Leftenan Mohammad Arif bin Tajuddin, TLDB.

 

Di samping itu, anugerah dan Sijil Juragan, Sauh Emas dan Bintang Harapan juga telah disampaikan kepada Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB-PTB Rendah yang diberikan pengiktirafan dari segi profesionalisme, mutu kepimpinan dan tanggungjawab kerja. Manakala Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Terbaik bagi anggota TLDB turut disampaikan.

 

Tahun ini, TLDB juga memperkenalkan Anugerah Jurutera Harapan yang memberikan pengiktirafan kepada pegawai dan PTB Kanan yang telah mempamerkan mutu kerja yang memuaskan.

 

Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Imam Surau Al-Huda, Haji Mohd. Andy bin Saile.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30