Home > Bahasa Melayu
72 Peserta Bertanding Lumba Perahu Kawalan Radio Terbuka
ANTARA perlumbaan yang berlangsung pada Perlawanan Lumba Perahu Kawalan Radio Terbuka 2018 di Kolam Takungan Bukit Berambun, Kampung Tanah Jambu.
December 22nd, 2018 | 07:47 AM | 541 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Perlawanan Lumba Perahu Kawalan Radio Terbuka 2018 bersempena dengan Brunei December Festival (BDF) 2018, dengan rasminya bermula hari ini berlangsung selama tiga hari bertempat di Kolam Takungan Bukit Berambun, Kampung Tanah Jambu.
Hadir bagi merasmikan perlawanan tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.
Perlawanan anjuran Persatuan Lumba Perahu Kawalan Radio (RACOBRA) itu buat julung kalinya disertai seramai 72 orang peserta terdiri dari peserta Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Thailand.
Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan, iaitu Class 'A' - Catamaran / Tunnel Hull Open CC Gasoline Local Engine Modified; Class 'D' - Vee / Mono Hull Open CC Gasoline Local Engine Modified; Class 'E' - Vee / Mono Hull Imported Marine Gasoline Engine 26cc - 28cc; Class 'F' Catamaran / Tunnel Hull Imported Marine Gasoline 26cc- 28cc; Class 'G' -Vee / Mono Hull Imported Marine Gasoline 26cc-35cc(Open CC); Class 'H' Catamaran / Tunnel Hull Imported Marine Gasoline 26cc-35cc (Open CC) dan Class 'I' - Hydro and Rigger Imported Marine Gasoline Open CO.
Para pemenang yang bertuah bagi setiap kategori akan membawa pulang piala iringan dan hadiah berupa wang tunai yang akan disampaikan di akhir acara nanti, iaitu pada Ahad ini.
Dengan adanya perlumbaan tersebut, ia secara tidak langsung dapat mengetengahkan sukan berkenaan di samping dapat mengeratkan perpaduan dan silaturahim di antara penggemar-penggemar aktiviti ini.
Ianya juga dapat memberi pengetahuan dalam mengawal, mencipta, menanamkan daya saing di kalangan pemain mahupun penggemar-penggemar, sekali gus membentuk generasi yang lebih berwawasan dan berkesan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]