FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dua peserta MUIB ikuti latihan kemahiran, MAIWP, Malaysia


 


 December 23rd, 2018  |  08:33 AM  |   295 views

BERAKAS

 

Seramai dua peserta Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) melalui Urusetia Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ) terpilih untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Peserta yang terpilih akan mengikuti Kursus Seni Lukis dan Seni Reka. Mereka adalah Awang Abdul Hafeez bin Awang Mohamad dan Awang Muhammad Shah Bidin bin Jumat.

 

 Sehubungan itu, Majlis Doa Selamat dan Sesi Penandatanganan Dokumen Menerima Agihan Wang Zakat dan Perjanjian Pengajian di antara pihak PROPAZ bersama dua peserta berkenaan diadakan di Dewan Teratai, Tingkat 5, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Berakas, di sini.

 

 Hadir bagi menyaksikan penandatangan tersebut ialah Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu.

 

 Program penghantaran asnaf zakat tersebut adalah hasil daripada Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) Ke-42 bagi Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) pada 25 hingga 28 Oktober 2017 di Yogyakarta, Indonesia yang membincangkan Bidang Kerjasama 3 : Meningkatkan Taraf Hidup Umat Islam yang Memerlukan.

 

Susulan daripada kesepakatan tersebut, Kerajaan Malaysia melalui MAIWP Kuala Lumpur menawarkan peluang kepada asnaf dari Negara Brunei Darussalam untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal, MAIWP yang berkelayakan.

 

Penghantaran dua orang asnaf zakat yang terdiri daripada peserta PROPAZ tersebut merupakan penyertaan kali kedua diadakan.

 

 Terdahulu, pada awal tahun 2018, MUIB melalui Urusetia PROPAZ mula menghantar dua orang anak asnaf fakir miskin untuk mengikuti latihan kemahiran di institut berkenaan dalam bidang Kursus Teknologi Binaan Bangunan dan Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan, sebagaimana yang ditawarkan oleh pihak MAIWP.

 

 Tempoh latihan kemahiran adalah selama 12 bulan sepenuh masa yang akan dibiayai oleh pihak negara penganjur, antaranya kos latihan, pengangkutan darat, tempat tinggal, makan minum dan elaun bulanan.

 

 Manakala perbelanjaan penghantaran, persediaan sebelum berlepas dan mana-mana yang berkaitan dengan kebajikan dan keperluan peserta negara ini akan dibiayai daripada agihan Kumpulan Wang Zakat, Asnaf Fakir Miskin.

 

MUIB melalui Urusetia PROPAZ akan berterusan proaktif mempelbagaikan lagi program-program pengupayaan untuk mempertingkatkan kemahiran asnaf zakat khasnya peserta PROPAZ.

 

Menerusi bekalan kemahiran tersebut dan inisatif pembangunan diri peserta adalah antara usaha untuk membantu sekurang-kurangnya memutus lingkaran kemiskinan keluarga dan mengubah taraf kehidupan kepada yang lebih baik dan berkecukupan.

 

 Dalam pada itu, setakat ini usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Urusetia PROPAZ menghasilkan beberapa kejayaan sebagaimana yang diharapkan, termasuklah program terbaharu yang sedang berjalan pada masa ini dan menampakkan kejayaan yang jelas, iaitu yang dinamakan sebagai Program PROPAZ Az-Zira'ah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30