Home > Bahasa Melayu
Enam Anak Yatim Terima Sumbangan Hamlah Khairiyah 3.0, KUPU SB
December 23rd, 2018 | 08:35 AM |
232 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengadakan Hamlah Khairiyah 3.0 (Khidmat Masyarakat) : Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan bagi enam orang anak yatim di kediaman salah seorang penerima di Kuala Lurah, Jalan Limau Manis.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut ialah Pemangku Ra'es kolej berkenaan, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.
Turut hadir ialah Pengarah Pusat Bahasa KUPU SB, Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili; para pegawai dan kakitangan KUPU SB.
Khidmat masyarakat itu merupakan program Pusat Bahasa KUPU SB untuk memperkasakan ilmu dan khidmat sosial kepada masyarakat, khususnya dalam membantu menghadapi musim persekolahan pada tahun depan.
Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan bebanan dan menjadi motivasi bagi mereka agar terus semangat menjalani pembelajaran, sekali gus menjadi pemangkin bagi mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dan mendapat keberkatan juga diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Program tersebut adalah bertepatan dengan bidang, misi dan visi KUPU SB ke arah melahirkan bakal guru berwibawa.
Para penerima sumbangan terdiri daripada para pelajar Tahun 7 hingga 11 yang menuntut di Sekolah Menengah Masin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]