FacebookInstagramTwitterContact

 

You-C1000 Basketball Cup           >>           Trio Fun Race           >>           Open Golf Championship Prize Presentation           >>           Table Tennis Talent Search Programme           >>           Tug of War in conjunction with Royal Birthday Celebration           >>           Temporary Half-Lane Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Family Day Celebration           >>           Taking Part in the China-ASEAN TVET Training Programme           >>           Darusysyifa' Warrafahah Annual General Meeting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kelab PPMM Anjur Majlis Penutup Aktiviti DBP 2018


AHLI Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanti menyampaikan sijil kepada peserta.

 


 December 23rd, 2018  |  08:40 AM  |   293 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kelab Ahli Perkhidmatan Perpustakaan Muda Mudi (PPMM) buat julung kalinya menganjurkan Majlis Penutup Aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Daerah Brunei dan Muara 2018, bertempat di Dewan Legar, Perpustakaan DBP, di sini.

 

 Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan kemudiannya menyempurnakan Penyampaian Sijil kepada para peserta ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanti binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

 

 Juga hadir, Ahli MMN, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii; Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab; para pegawai; dan kakitangan Perpustakaan DBP.

 

 Majlis Penutup Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan 2018 yang merupakan penutup bagi aktiviti sepanjang Tahun 2018, antara lain diisikan dengan pelbagai persembahan menarik daripada para peserta dari empat buah cawangan terlibat, iaitu Perpustakaan Pusat Bandar Seri Begawan; Perpustakaan Muara; Perpustakaan Lambak; dan Perpustakaan Sengkurong.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh DBP pada tahun ini ialah Perpustakaan Bergerak di Bandarku Ceria; Hari Terbuka Perpustakaan sempena Hari Buku Sedunia; Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan; dan banyak lagi.

 

 Acara bermatlamat untuk menghargai para Ahli Perpustakaan, yang mana selama ini memberikan sokongan kepada Perpustakaan DBP untuk ikut serta dalam sebarang aktiviti yang diadakan di sepanjang tahun ini.

 

 Antara okbjektifnya adalah untuk memberikan pengalaman dalam mengungkayahkan satu-satu majlis rasmi, selain dapat memberikan peluang dan pengalaman yang baharu kepada Ahli Kelab PPMM.

 

 Di samping itu, acara seumpamanya juga dapat menyatupadukan di antara Ahli-ahli Kelab Perpustakaan Pusat bersama Ahli-ahli Kelab Perpustakaan dari Cawangan-cawangan dan meningkatkan keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama dan menggalakkan golongan muda-mudi mesra perpustakaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58