Home > Bahasa Melayu
Para Pemenang Lumba Perahu Kawalan Radio Terbuka 2018 Terima Hadiah
SETIAUSAHA Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Md. Amir Hairil bin Haji Mahmud bergambar ramai bersama para pemenang Lumba Perahu Kawalan Radio Terbuka 2018 bersempena dengan Brunei December Festival.
December 24th, 2018 | 07:12 AM |
450 views
KAMPUNG TANAH JAMBU
Lumba Perahu Kawalan Radio Terbuka 2018 bersempena dengan Brunei December Festival (BDF) 2018 yang diadakan selama tiga hari, bertempat di Kolam Takungan Bukit Berambun, Kampung Tanah Jambu berakhir dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.
Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Md. Amir Hairil bin Haji Mahmud.
Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan dan para johan bagi setiap kategori, iaitu Class 'A' - Catamaran / Tunnel Hull Open CC Gasoline Local Engine Modified - Mohd. Yushasni bin Haji Mohd. Yusof dari Brunei; Class 'D' - Vee / Mono Hull Open CC Gasoline Local Engine Modified - Zakaria bin Hassan dari Brunei; Class 'E' - Vee / Mono Hull Imported Marine Gasoline Engine 26cc - 28cc - Zik Affandi dari Malaysia; Class 'F' Catamaran / Tunnel Hull Imported Marine Gasoline 26cc- 28cc - Zakaria bin Hassan dari Brunei; Class 'G' - Vee / Mono Hull Imported Marine Gasoline 26cc-35cc (Open CC) - Zik Affandi dari Malaysia; Class 'H' - Catamaran / Tunnel Hull Imported Marine Gasoline 26cc-35cc (Open CC) - Faez bin Morni dari Brunei dan Class 'I' - Hydro and Rigger Imported Marine Gasoline Open CO - Beever dari Thailand.
Pemenang bagi setiap kategori masing-masing membawa pulang piala iringan dan hadiah berupa wang tunai.
Ia adalah anjuran dari Persatuan Lumba Perahu Kawalan Radio (RACOBRA) buat julung kalinya dan disertai oleh 72 pesertaterdiri daripada peserta Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Thailand.
Dengan adanya lumba ini, maka dapatlah aktiviti ini bergiat aktif dengan cara yang lebih teratur dan bersistematik
untuk meninggikan taraf mutu sukan air ini ke satu taraf yang dapat dibanggakan, sama ada di Peringkat Kebangsaan mahupun di Peringkat Antarabangsa kelak.
Dengan secara tidak langsung ia akan dapat menarik peserta-peserta dan pengunjung-pengunjung dari luar negara untuk ke Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]