FacebookInstagramTwitterContact

 

MbappĂ© 'Confident' PSG Can Reach Champions League Final           >>           Slovakia Hit By Wave Of Bomb Threats           >>           Joe Biden Warns Of 'Ferocious Surge' Of Antisemitism In US           >>           John Steenhuisen: The Man Vowing To 'Rescue' South Africa With The DA           >>           Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ekonomi Global Dijangka Berkembang 3.7 Peratus


 


 December 25th, 2018  |  08:29 AM  |   189 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mengeluarkan Kenyataan Dasar AMBD bagi separuh tahun kedua 2018.

 

Di dalam Kenyataan Dasar 2/2018, AMBD menyatakan bahawa ekonomi global dijangka berkembang 3.7 peratus pada tahun 2018 dan 2019.

 

Ekonomi domestik menurun 0.05 peratus tahun ke tahun pada separuh tahun pertama 2018. AMBD meramalkan kadar inflasi untuk kekal pada lingkungan 0 peratus ke 1 peratus pada tahun 2018.

 

Namun ia berkemungkinan menghadapi penurunan sekiranya tekanan inflasi global masih lemah.

 

AMBD juga memaklumkan bahawa institusi-institusi kewangan yang berlesen di negara ini terus mengekalkan asas kukuh didorong oleh tahap modal yang tinggi, kecairan yang kukuh dan pulangan keuntungan yang bertambah baik.

 

AMBD telah mengeluarkan beberapa Notis pada tahun ini untuk mengukuhkan perlindungan dan memupuk keyakinan para pelabur di pasaran modal. AMBD selaku depositori bagi Sukuk Al-Ijarah Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah dilantik oleh Association of National Numbering Agency (ANNA) sebagai National Numbering Agency (NNA) bagi Negara Brunei Darussalam.

 

AMBD telah mengeluarkan Notis-notis mengenai Overnight Standing Facilities konvensional dan patuh-Syariah untuk membantu institusi-institusi perbankan menguruskan kecairan (liquidity management) dengan lebih berkesan dan cekap.

 

Instrumen dan operasi yang berhubung dengan kemudahan tersebut adalah selaras dengan prinsip-prinsip Lembaga Mata Wang dan Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura.

 

AMBD akan memperkenalkan rangka kerja pendaftaran ke atas ejen-ejen insurans nyawa / takaful keluarga pada 1 Januari 2019. AMBD telah mengeluarkan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah untuk memastikan operasi dan produk kewangan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan mematuhi Hukum Syarak, sekali gus memenuhi amalan terbaik antarabangsa di dalam industri kewangan Islam.

 

Menurut Laporan Doing Business 2019 yang diterbitkan baru-baru ini, World Bank telah mengiktiraf pelaksanaan sistem credit scoring kebangsaan iaitu Bureau Credit Score yang dikendalikan oleh Biro Kredit AMBD.

 

Berdasarkan pelaksanaan sistem tersebut, Negara Brunei Darussalam telah mencapai skor penuh dan menduduki tempat pertama daripada 190 buah ekonomi dalam penunjuk Getting Credit bersama dengan New Zealand.

 

Kenyataan Dasar AMBD 2/2018 yang lengkap boleh didapati di laman web AMBD (www.ambd.gov.bn). Bagi maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi AMBD melalui aplikasi telefon pintar AMBD App, talian +673 2388388, atau e-mel '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56