FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Empat Filem Ditayangkan Sempena Sambutan Pawagam Indonesia


PARA penonton yang hadir menyaksikan Brunei Film Blitz 'Sekala Niskala' tersebut.

 


 December 25th, 2018  |  08:32 AM  |   252 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebanyak empat filem tayangan Indonesia ditayangkan pada acara Sambutan Pawagam Indonesia yang berlangsung di Mahakarya Institute of the Arts Asia, Plaza Athirah, di sini.

 

Antara filem yang ditayangkan pada 23 Disember lalu ialah Iqro : Pertualangan Meraih Bintang oleh Iqbal Alfajri; Surau dan Silek oleh Arif Malinmudo dan Nyai oleh Garin Nugroho.

 

Brunei Film Blitz yang disokong bersama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam dan Syarikat Indofood juga akan turut menayangkan filem Sekala Niskala (The Seen and Unseen) oleh Kamila Andini yang memenangi Hadiah Utama di Festival Filem Antarabangsa Berlin Ke-68, 2018.

 

Industri filem kini merupakan subsektor ekonomi kreatif Indonesia yang paling pesat berkembang.

 

Walaupun persembahan di 'box office' terus memajukan industri filem Indonesia, pawagam bebas yang berkualiti juga turut mendapat pengiktirafan antarabangsa pada festival filem di seluruh dunia.

 

Penyaringan filem disasarkan untuk menunjukkan kepada khalayak bagaimana kebudayaan, identiti dan tradisi disusun dalam pawagam bebas bagi menguatkan lagi identiti tayangan individu.

 

'Sambutan Pawagam Indonesia' juga menandakan berakhirnya penyaringan antarabangsa selama dua minggu di Brunei Film Blitz.

 

Pengarah Brunei Film Blitz, Dayang Siti Kamaluddin berkongsi kegembiraannya terhadap kandungan yang dihasilkan untuk 96 Hour Blitz, "Saya sangat teruja dapat melihat pelbagai kandungan telah dihasilkan dari 96 Hour Blitz. Selama dua minggu itu juga, kami berpeluang meneroka pelbagai pawagam dan mengenal pasti identiti skrin."

 

"Kelas pakar (master classes) bersama dengan Mark Shepherd turut memberikan penekanan yang besar terhadap perkembangan cerita, watak dan lokakarya bersama tetamu pembuat filem kami yang juga turut mengajar tentang arah tuju, menyunting dan menepati diri sendiri. Daripada itu, saya berharap para peserta dapat menerapkan semua yang mereka pelajari dalam filem pendek mereka nanti," tambahnya lagi.

 

Bahan rahsia untuk Brunei Film Blitz diumumkan pada 24 Disember dalam satu Sidang Media.

 

Peserta mempunyai 96 jam untuk menghasilkan filem pendek berdurasi 3 - 6 minit dan bersaing untuk mendapatkan hadiah utama, iaitu Biasiswa bagi Program (Screen and Media) Australian Diploma selama dua tahun di Mahakarya Institute of the Arts Asia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30