FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penayangan Filem Terbaik Festival Filem Berlin Ke-68, Sekala Niskala


TIMBALAN Ketua Misi, Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, Arko Hananto Budiadi semasa hadir menyaksikan tayangan filem 'Sekala Niskala'.TIMBALAN Ketua Misi, Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, Arko Hananto Budiadi bersama penonton yang lain mendengarkan penerangan ringkas sebelum bermulanya tayangan filem 'Sekala Niskala'.TIMBALAN Ketua Misi, Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, Arko Hananto Budiadi semasa hadir menyaksikan tayangan filem 'Sekala Niskala'.TIMBALAN Ketua Misi, Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, Arko Hananto Budiadi bersama penonton yang lain mendengarkan penerangan ringkas sebelum bermulanya tayangan filem 'Sekala Niskala'.

 


 December 25th, 2018  |  08:35 AM  |   286 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Brunei Film Blitz dengan sokongan bersama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam dan Syarikat Indofood menayangkan filem Sekala Niskala (The Seen and Unseen), bertempat di Mahakarya Institute of Arts, Plaza Athirah pada 23 Disember 2018.

 

Hadir menyaksikan filem tersebut ialah Penolong Duta Besar Republik Indonesia, Arko Hananto Budiadi dan Pengarah Brunei Film Blitz, Siti Kamaluddin.

 

Filem Sekala Niskala yang berdurasi 83 minit itu mengisahkan dua adik-beradik kembar perempuan dan lelaki, Tantri dan Tantra yang tinggal di wilayah Bali, Indonesia.

 

Konflik filem tersebut bermula apabila Tantri mengetahui saudara kembarnya, Tantra menderita penyakit yang akan meragut nyawanya, yang mana otak Tantra lemah dan akan kehilangan penglihatannya secara perlahan.

 

Nasib malang itu membuat mereka memendam rindu yang teramat, dalam dan demi menghilangkan rasa rindu yang kian meningkat, mereka akhirnya berhubung dalam dunia fantasi.

 

Filem tersebut adalah hasil karya Kamila Andini dan memenangi Anugerah Filem Terbaik semasa Festival Filem Berlin Ke-68, 2018.

 

Penayangan filem Sekala Niskala itu merupakan salah satu daripada empat filem 'Sambutan Pawagam Indonesia' dan penyaringan antarabangsa selama dua minggu pada Brunei Film Blitz.

 

Brunei Film Blitz yang dianjurkan sempena Brunei December Festival 2018 mengetengahkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan perfileman yang bermula sejak 9 Disember lalu dan akan berlangsung sehingga 29 Disember ini.

 

Selain penyaringan filem-filem antarabangsa, Brunei Film Blitz kali ini juga mengadakan pertandingan pembikinan filem pendek, '96 Hour Blitz', yang mana para peserta diberi masa 96 jam atau empat hari sahaja bagi menghasilkan sebuah filem pendek berdurasi tidak kurang tiga minit dan tidak melebihi enam minit.

 

Maklumat lanjut mengenai Brunei Film Blitz boleh dilayari melalui laman sesawang 'www.bruneifilmblitz.org'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56