FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'The Joy Garden' Berikan Ketenangan Minda


BUAIAN kayu yang terdapat di taman tersebut.

 


 December 26th, 2018  |  06:44 AM  |   950 views

KAMPUNG SUBOK

 

Apabila menjejakkan kaki ke dalam sebuah taman yang diberi nama 'The Joy Garden', kita akan merasa suatu ketenangan minda dan juga jiwa, aman damai diselubungi dengan siulan burung berkicauan dan muzik tradisional Cina serta keindahan tumbuh-tumbuhan yang menghijau.

 

Taman persendirian tersebut yang dimiliki oleh Wilson Lim, terletak di No. 40, Simpang 214, Kampung Subok dan dibuka bagi kunjungan orang ramai pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang, manakala Jumaat dan Ahad dari jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang.

 

Sewaktu ditemui, Wilson Lim yang berada di taman berkenaan menjelaskan, taman tersebut adalah taman terapeutik yang diilhamkan dari budaya Cina, yang mana taman tersebut diharap akan dapat melepaskan tekanan dan dapat memberikan ketenangan, kegembiraan serta pengalaman yang menarik kepada pelawat yang datang berkunjung.

 

''Pada asalnya taman ini hanya dibukakan kepada kaum keluarga dan kawan-kawan, akan tetapi kini ia dibukakan kepada pelawat dan masuk adalah percuma,'' ujarnya semasa ditemui.

 

Terangnya, taman seluas 0.39 ekar itu dibina sebagai memberi penghormatan kepada mediang isterinya yang meninggal pada tahun 2012.

 

'The Joy Garden', dibina di atas tanah saya sendiri dan pembinaan taman ini mengambil masa lima tahun untuk disiapkan kerana 85 peratus hiasan yang terdiri dari perabot, tanglong, jendela, pintu, buaian kayu dan sebagainya serta tanaman didatangkan dari China,'' ujarnya.

 

Menyentuh mengenai pelawat yang melawat ke taman tersebut, jelasnya, setakat ini taman itu menerima lebih 100 pelawat tempatan dalam sehari di samping menerima pelancong dari Malaysia, China dan Kanada.

 

Antara aktiviti yang dikendalikan dalam taman tersebut ialah Kelas Qi Gong yang diadakan setiap Rabu, Jumaat dan Ahad pada jam 8.30 pagi dan 4.30 petang.

 

Qi Gong adalah sistem latihan fisikal dan kawalan pernafasan Cina yang berkaitan dengan Tai Chi dan ia juga salah satu kaedah untuk membantu meringankan kesakitan.

 

Dayang Hajah Norrahimah binti Haji Japar, salah seorang pelawat yang kebetulan berada di taman tersebut menjelaskan, lebih 10 kali beliau melawat ke taman berkenaan dan sebagai seorang pelawat beliau merasa gembira datang ke taman itu untuk aktiviti riadah, di samping mengikuti Kelas Qi Gong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48