FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Maktab Urusan Haji Negara Kekalkan Pengurusan, Pentadbiran Haji Cemerlang


TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar menghadiri Perjumpaan bersama Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Dr Abdul Fattah bin Sulaiman Mashat

 


 December 26th, 2018  |  06:58 AM  |   263 views

MAKKAH, ARAB SAUDI

 

Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji dan Umrah mengadakan Perjumpaan dan Mesyuarat Pengurusan Haji Tahunan Peringkat Menteri Tahun 1440 Hijrah pada 24 Disember 2018, bertempat di bangunan Kementerian Haji dan Umrah di Makkah, Arab Saudi.

 

Mengetuai bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, manakala Kerajaan Arab Saudi diketuai oleh Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Dr. Abdul Fattah bin Sulaiman Mashat.

 

Turut menghadiri Perjumpaan dan Mesyuarat tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail; Pemangku Konsul Agong Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Pengiran Haji Irman bin Pengiran Haji Othman; Pemangku Pengarah Urusan Haji, Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad dan wakil dari Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Awang Haji Abd. Nasir bin Haji Bolhasan.

 

Sementara itu, Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi dalam ucapannya menyatakan rasa gembiranya dan memberikan penghargaan kepada pegawai-pegawai Maktab Urusan Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan) di atas segala usaha mereka dan memuji pengurusan maktab tersebut kerana dapat mengekalkan pengurusan dan pentadbiran haji yang cemerlang sehingga jemaah haji Negara Brunei Darussalam dapat melaksanakan ibadat haji dengan baik dan sempurna.

 

Beliau seterusnya menambah bahawa jemaah haji Negara Brunei Darussalam dapat mengekalkan diri mereka sebagai jemaah haji yang berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak  Kerajaan Arab Saudi dan menumpukan sepenuhnya ke atas pelaksanaan manasik haji.

 

Tambahnya, Kementerian Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi dan agensi-agensi berkenaan sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada semua jemaah haji termasuk dari Negara Brunei Darussalam dan ini selaras dengan saranan Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi supaya memberikan perkhidmatan dan keselesaan yang terbaik kepada para jemaah haji.

 

Manakala Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dalam ucapannya pula melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Arab Saudi, Kementerian Haji dan Umrah dan pihak-pihak yang berkenaan di Arab Saudi atas pengurusan dan pengendalian cemerlang serta layanan baik yang diberikan kepada jemaah haji sepanjang musim haji 1439H lalu.

 

Beliau seterusnya menyambut baik atas komitmen tinggi Kementerian Haji dan Umrah dalam mengadakan perbincangan dan perundingan berterusan mengenai hal ehwal pengurusan haji bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama, semata-mata bagi keselamatan, kebajikan dan keselesaan jemaah haji Negara Brunei Darussalam pada setiap musim haji.

 

Pada perjumpaan dan mesyuarat tersebut, Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi turut menjelaskan dan menegaskan akan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Haji dan Umrah dalam usaha mengemas kini dan menambah baik lagi hal ehwal pengurusan haji seperti penginapan, pengangkutan, penerbangan, sistem e-hajj dan lain-lain lagi bagi musim haji tahun 1440H nanti.

 

Sejurus selepas Perjumpaan dan Mesyuarat diadakan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama bersama Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi menandatangani persetujuan yang dicapai pada mesyuarat tersebut, seterusnya bertukar-tukar cenderahati dan bergambar ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48