Home > Bahasa Melayu
Seorang Lelaki OKU Dilanggar Lari
SEORANG lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU), pejalan kaki, berumur 23 tahun, cedera akibat peri laku pemandu langgar lari.
December 27th, 2018 | 06:49 AM | 178 views
TUTONG
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) meningkatkan usaha menjejaki pemandu yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari sehingga mengakibatkan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU), pejalan kaki, berumur 23 tahun, cedera di kawasan KM38, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, Kampung Keriam, Tutong pada Selasa lalu, 18 Disember.
Hasil siasatan ke atas ibu mangsa, seawal jam 5.00 pagi mangsa keluar rumah untuk seketika. Kira-kira setengah jam kemudian, mangsa tidak kembali, lalu ibunya pun keluar untuk mencari. Dia ditemui dalam keadaan duduk dan berdarah di tepi jalan raya lalu dibawa terus ke Hospital Tutong.
Mangsa cedera di kepala dan patah kaki, kini masih ditahan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.
PPDB berharap agar pemandu yang terbabit dapat tampil ke hadapan demi kebenaran dan bertanggungjawab. Pegang prinsip 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'.
Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya sila berhubung ke Balai Polis Tutong melalui talian +673 4221206 / +673 4221333 ataupun talian HOTLINE 993.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]