FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Utamakan Keselamatan!


 


 December 27th, 2018  |  06:50 AM  |   130 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berikutan dengan panggilan kecemasan yang diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang melibatkan kebakaran rumah dan bangunan dari tahun ke tahun, JBP ingin memberikan beberapa tip kepada orang ramai.

 

Ini termasuk aspek keselamatan di kedai-kedai mesin pencuci pakaian layan sendiri kerana perkhidmatan tersebut kini semakin berkembang dan mendapat sambutan yang baik di negara ini kerana ia sangat mudah digunakan dan mempunyai mesin untuk menyuci serta mengeringkan, apa lagi ketika musim hujan. Walau bagaimanapun, JBP mengingatkan orang ramai agar menggelakkan berada di dalam kawasan kedai mesin pencuci semasa membuat pengeringan pakaian; jika boleh letak kereta awda jauh daripada kedai mesin pencuci layan sendiri; dan yang penting, pemaju kedai mesin pencuci mestilah memaparkan papan tanda TUTUP semasa membuat penyelanggaraan dan tidak boleh digunakan oleh pengguna.

 

Pada musim cuti sekolah ibu bapa atau sesebuah keluarga akan membuat perancangan sama ada untuk melancong keluar negara, balik kampung atau beriadah dalam negara. Dalam hal ini, setiap keluarga haruslah tidak melupakan aspek keselamatan rumah yang ditinggalkan tanpa berpenghuni.

 

Di antara langkah-langkah keselamatan yang dimaksudkan ialah dengan membuat senarai semak, iaitu pastikan semua peralatan elektrik yang tidak diperlukan dimatikan, seperti alat hawa dingin, kipas angin, peti televisyen dan lainnya; tanggalkan kepala gas untuk keselamatan yang dikhuatiri terjadinya kebocoran yang boleh mendatangkan bahaya kebakaran; beritahu kepada jiran terdekat mengenai pemergian awda; pastikan mengetahui keberadaan atau kepergian anak-anak awda terutama sekali ketika melakukan aktiviti riadah di darat,nlaut atau sungai; dan jangan ditinggalkan warga emas atau orang yang kurang upaya bersendirian di rumah.

 

Ketika berada di luar negara, orang ramai disarankan agar mengetahui akan kesemua talian kecemasan jika berada di negara tersebut; Jika awda berada di luar negara dan menginap di hotel, pastikan awda meluangkan sedikit masa untuk melihat sekeliling dan mengetahui arah EXIT (Tanda keluar) di aras awda menginap dan mengetahui letak alat-alat pemadam api yang berdekatan bilik penginapan awda; jangan gunakan lift dan turunlah melalui tangga jika berlaku kebakaran; jika mendengar loceng kebakaran berbunyi, jangan panik dan bersedia untuk keluar meninggalkan tempat penginapan.

 

JBP juga dalam pada itu memberi tip kepada orang ramai ketika pergi atau menghadiri sebarang acara atau keramaian sekeluarga, sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua peralatan elektrik yang tidak diperlukan dimatikan seperti alat hawa dingin, kipas angin, peti televisyen dan lainnya; tanggalkan kepala gas untuk keselamatan berkemungkinan terjadinya kebocoran yang boleh mendatangkan bahaya kebakaran; dan jangan ditinggalkan warga emas atau orang yang kurang upaya bersendirian di rumah.

 

Kemalangan boleh terjadi bila-bila masa tanpa diduga. Kewaspadaan dan pencegahan menjamin keselamatan. Keselamatan terjamin, kehidupan sempurna dan harmoni.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07