FacebookInstagramTwitterContact

 

Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>           All The Celebrity Godparents You Didn't Know About           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>           Drake deletes AI-generated Tupac track after Shakur’s estate threatened to sue           >>           The FTC accuses Amazon of using Signal’s auto-deleting messages to erase evidence           >>           Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>           Trump Hush-Money Trial: His Mood And The Unveiling Of DA's Case           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berwaspada Ketika Musim Cuaca Tidak Menentu


 


 December 27th, 2018  |  06:53 AM  |   212 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menyarankan orang ramai agar sentiasa peka atau mengikuti keadaan cuaca dari semasa ke semasa terutama semasa musim cuaca tidak menentu. Pada musim hujan, JBP menasihatkan orang ramai agar mengurang aktiviti di luar; jangan keluar rumah atau memandu semasa keadaan hujan lebat jika tidak ada keperluan yang sangat penting; dan jika terperangkap dalam keadaan cuaca buruk, carilah tempat yang selamat untuk berhenti.

 

JBP juga mengingatkan mengenai tanah susur adalah berkaitan dengan keadaan cuaca turunan hujan yang berpanjangan. Untuk keselamatan, jika kedudukan rumah awda berada di atas atau di lereng atau bawah bukit; pantaulah keadaan kawasan atau tanah sekeliling rumah awda dan tanah bukit yang berdekatan; sentiasa bersedia untuk sebarang tindakan jika mendapati terdapat hakisan tanah yang mula menampakkan keruntuhan dan untuk keselamatan tinggalkan / kosongkan rumah jika sudah ternyata membahayakan nyawa.

 

Pada musim angin kencang, JPB mengingatkan orang ramai agar tidak keluar rumah atau memandu semasa angin kencang dikhuatiri pokok tumbang dan ada objek-objek yang diterbangkan angin akan terkena pada kenderaan semasa memandu; dan tidak berhenti atau meletakkan kenderaan awda di kawasan yang berisiko seperti pokok, tiang elektrik, atau mana-mana objek yang tinggi.

 

Banjir sering kali terjadi bila musim hujan tiba terutama sekali di kawasan rendah dan mudah banjir dan kawasan yang berdekatan dengan sungai. Oleh itu, orang ramai adalah disarankan agar sentiasa mengikuti dan mengetahui keadaan cuaca dari semasa ke semasa; sentiasa memantau keadaan paras air di luar kawasan rumah; sentiasa bersedia menghadapi situasi banjir terutama sekali kawasan rendah dan mudah banjir; selamatkan harta benda ke tempat yang lebih tinggi termasuk nyawa dan dokumen-dokumen penting; jangan bermain atau keluar di kawasan yang dilanda banjir teruk; jangan hampiri kawasan longkang besar atau tiang elektrik; dan awasi keberadaan anak-anak awda semasa dalam keadaan banjir.

 

Ketika cuaca berpetir atau kilat, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti luar atau keluar rumah jika keadaan cuaca berpetir atau berkilat; Jangan berada di kawasan terbuka; Jangan berteduh atau berdiri di bawah pokok tinggi; dan Jauhkan dari struktur yang berlogam atau besi.

 

Bagi tip keselamatan ketika musim kemarau, JBP ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan atau membuat sebarang pembakaran terbuka yang mungkin akan merebak; kepada pengemar yang suka berburu atau melakukan apa-apa jua aktiviti atau riadah di dalam hutan elakkan untuk membuat nyalaan api (unggun api) dan jika pun perlu pastikan api dan bara-bara api dipadamkan sepenuhnya sebelum meninggalkan.

 

Barang siapa yang melakukan kesalahan yang terkandung dalam perundangan Fire Safety Order 2016, iaitu Bahagian I Bab 2 boleh dikenakan kompaun mengikut seksyen No.56 (1) sebanyak BND1,000.00 atau boleh dikenakan General Penalties jika sabit kesalahan dengan dendaan tidak melebihi BND10,000.00 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48