Home > Bahasa Melayu
Penutupan Kaunter Perkhidmatan Pos
December 28th, 2018 | 12:53 PM | 186 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Perkhidmatan Pos memaklumkan bahawa semasa Penutupan Akaun Akhir Tahun bagi bank-bank di Negara Brunei Darussalam pada Sabtu, 21 Rabiulakhir 1440 Hijrah / 29 Disember 2018 Masihi, Cawangan Pos di Daerah Brunei Muara akan beroperasi seperti biasa manakala di Tutong / Kuala Belait / Temburong akan dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Penutupan Akaun Akhir Tahun juga akan dilaksanakan pada Isnin, 23 Rabiulakhir 1440H / 31 Disember 2018M dan waktu beroperasi bagi Perkhidmatan Kaunter Jabatan Perkhidmatan Pos di Daerah Brunei Muara bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Manakala perkhidmatan Kaunter Pos di Daerah Tutong / Kuala Belait / Temburong ditutup.
Waktu perkhidmatan kaunter akan beroperasi seperti biasa pada 25 Rabiulakhir 1440H bersamaan 2 Januari 2019M.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]