FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pertukangan Kayu Hasilkan Pendapatan


ANTARA hasil pertukangan kayu rekaan Awang Rahman bin Tuah.ANTARA hasil pertukangan kayu rekaan Awang Rahman bin Tuah.

 


 December 28th, 2018  |  12:55 PM  |   1328 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Siapa sangka bermula dari hobi kini berkembang menjadi sumber pendapatan sampingan bagi menyara keluarga.

 

Hasil kraf tangan pertukangan kayu yang diminatinya sejak dari bangku sekolah membawanya kejayaan hari ini atas titik peluhnya sendiri dan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai perabot berasaskan kayu pallet seolah tidak terlintas di benak fikiran kita untuk menjadikannya menarik.

 

Namun kemahiran yang dimiliki Awang Rahman bin Tuah  berusia 51 tahun, yang kini menetap di Perumahan Katok 'B' dapat dibanggakan sehingga menjadikan hasil kraf tangannya itu, Norizman Palet, sesuatu yang bermutu di pasaran walaupun bermula secara kecil-kecilan sahaja.

 

Pengalaman dan bakat yang dimilikinya itu jelas terlihat pada hasil tangan yang kemas dan sentiasa menghasilkan kraf tangan berdasarkan atas permintaan pelanggan.

 

Awang Rahman semasa ditemui bersyukur pelanggan berpuas hati dan ada yang menjadi pelanggan tetap dengan tempahan berulang kali.

 

Beliau membuat pertukangan ini dengan sepenuh masa dan mencipta pelbagai barangan, antaranya set perabot kayu, meja, rak bertingkat, tempat menyimpan payung, dulang hantaran, kotak menyimpan barang dan pelbagai barangan lain lagi tergantung kepada cita rasa dan kemahuan pelanggan.

 

Mengenai sumber kayu pallet pula, jelasnya, ia akan sendiri mencari kayu pallet sebelum ini, akan tetapi sekarang beliau membeli kayu berkenaan memandangkan banyak yang sudah tahu akan kegunaan kayu pallet tersebut.

 

Penghasilan sesuatu barangan itu katanya, bergantung kepada sesuatu barangan seperti rak bertingkat itu boleh dihasilkan dalam beberapa hari sahaja, termasuk kerja-kerja mengecat.

 

Cabaran bagi Awang Rahman ialah bekalan kayu pallet yang sekarang agak sukar dan kadang-kadang kerja kraf tangan beliau agak terbantut seketika jika stok kayunya habis.

 

Tambahnya, bukan itu sahaja, berikutan peralatan mesin yang tidak mencukupi, tempahan yang diterimanya adalah sangat terhad, selain itu, kayu-kayu pallet itu belum tentu dapat digunakan semua tertakluk kepada kualiti kayu berkenaan.

 

Pertukangan yang diusahakannya yang memang sudah menjadi satu hobi yang boleh menjana sumber pendapatannya hingga mencecah BND2,000 sebulan, meskipun prinsipnya dengan meletakkan harga jualan mampu milik.

 

Itulah antara komen para pelanggan yang ada dari daerah-daerah lain, termasuk warga asing banyak menempah barangan kraf tangan dari Awang Tuah yang mementingkan jaminan kualiti dengan kadar harga yang berbaloi.

 

Sebarang tempahan bolehlah terus menghubungi talian +673 8638336.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48