FacebookInstagramTwitterContact

 

Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>           Drake deletes AI-generated Tupac track after Shakur’s estate threatened to sue           >>           The FTC accuses Amazon of using Signal’s auto-deleting messages to erase evidence           >>           Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>           Trump Hush-Money Trial: His Mood And The Unveiling Of DA's Case           >>           Power Restored To Sierra Leone As Minister Quits           >>           Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion           >>           Liverpool Title Hopes Dented Again In West Ham Draw           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bijak Berbelanja, Siapkan Keperluan Kembali Ke Sekolah


PELBAGAI buku-buku teks tersedia di salah sebuah kedai buku bagi keperluan anak-anak kembali ke sekolah tahun 2019.

 


 December 28th, 2018  |  12:56 PM  |   656 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Cuti persekolahan bagi bulan Disember tahun ini hampir ke penghujungnya, di mana cuma beberapa hari sahaja lagi akan bermulanya sesi persekolahan di tahun 2019.

 

Para ibu bapa setentunya kini sibuk membawa anak-anak mereka membeli pelbagai keperluan sekolah termasuk buku-buku, peralatan sekolah serta baju-baju sekolah.

 

Namun tidak semua barang-barang keperluan sekolah semestinya baharu, kerana jika barang-barang lama masih dalam keadaan baik, mungkin ia dapat digunakan semula dan ini akan mengelakkan dari pembaziran.

 

Perkara mengenai mengguna semula barang-barang keperluan sekolah itu turut dipersetujui oleh Awang Mohammad Azarin bin Haji Wahid, 38 semasa ditemui ketika berkunjung ke salah sebuah syarikat kedai buku di Kampung Serusop.

 

''Memandangkan mereka bersekolah di sekolah swasta dan memerlukan untuk membeli buku-buku teks, anak saya akan menggunakan semula buku-buku teks yang pernah digunakan oleh kakaknya,'' ujarnya.

 

Beliau yang mempunyai dua orang anak yang bersekolah di Sekolah Tunas Jaya PGGMBB Madang, seterusnya berkata, perbelanjaan membeli buku-buku teks pada tahun ini berkurang, kerana beliau menyimpan buku-buku teks yang sudah digunakan oleh anaknya yang dewasa untuk digunakan lagi, melainkan ada pertukaran buku atau buku tambahan.

 

Sementara isteri beliau, Dayang Mazlinah binti Jaludin, 36 menyarankan kepada ibu bapa yang lain untuk tidak membuang buku-buku teks yang lama, kerana ini penting untuk anak yang lain yang dapat menggunakan semula buku tersebut, di samping ianya menjimatkan kos membeli ataupun buku-buku teks berkenaan dapat diberikan kepada anak saudara yang lain.

 

Sementara itu, Dayang Diana Azurani binti Abd. Wahab selaku Juruwang dan Penolong Jurujual di Syarikat Bismi Trading Company pula menjelaskan, para ibu bapa sudah mula sibuk membeli dan menyediakan persiapan sekolah yang tidak lama lagi.

 

Untuk persiapan sekolah bagi tahun hadapan, katanya, buku-buku sudah mula dijual bermula bulan November lalu dan banyak buku baru dijual dan ianya mencukupi.

 

Ketika ditanya mengenai harga-harga buku, beliau menjelaskan, penetapan harga mengikut harga yang ditetapkan dari Kementerian Pendidikan.

 

''Pada tahun ini, Syarikat Bismi Trading Company juga menjual buku yang sudah dilapis dengan harga tambahan di samping dengan buku yang tidak dilapis dengan harga asal,'' ujarnya.

 

Beliau menambah, syarikat tersebut juga pada masa ini menawarkan diskaun sempena musim persekolahan bagi barang-barang sekolah dengan pelbagai pilihan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-27 23:24:48