Home > Bahasa Melayu
DSS Catatkan 1,000 Pengawal Keselamatan
PENGARAH Urusan Daimun Security Services, Mejar (B) Wan Md. Tambrin Sah bin Haji Suhaili ketika hadir pada Majlis Perbarisan Kesyukuran.
December 30th, 2018 | 07:14 AM | 2260 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumlah Pengawal Keselamatan Daimun Security Services (DSS) telah mencatatkan seramai 1,000 orang sejak ia ditubuhkan pada tahun 2012.
Selama enam tahun selepas penubuhannya, DSS telah memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dari pelbagai Sektor seperti kementerian-kementerian, Industri Minyak dan Gas dan pihak persendirian.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pengarah Urusan DSS, Mejar (B) Wan Md. Tambrin Sah bin Haji Suhaili pada Majlis Kesyukuran yang dihadiri oleh 200 ahli syarikat tersebut.
Jelas beliau, DSS bukan sahaja memberi perkhidmatan keselamatan tetapi juga komited dalam membendung pengangguran. Pada masa ini, 100 peratus ahlinya adalah terdiri daripada warga tempatan.
Beliau percaya yang pencapaian dan kejayaan tersebut adalah daripada dedikasi, komitmen serta ketaatan Pengawal Keselamatan itu sendiri.
Majlis tersebut diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan atas mutu kerja yang baik kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas dengan Brunei Shell Petroleum (BSP), Hengyi Industries Sdn. Bhd. dan Golden Corporation.
Juga dilaksanakan pada majlis tersebut ialah upacara kenaikan pangkat kepada dua pegawai DSS.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]