FacebookInstagramTwitterContact

 

The Volunteer Crime Fighters Using Whistles, Whips And Guns           >>           'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41           >>           Original Opera Marco Polo Rehearsed And Revived In Guangdong           >>           'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


AMBD Terbitkan RPPI Suku Ketiga 2018


 


 December 30th, 2018  |  07:17 AM  |   168 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) menerbitkan Indeks Harga Hartanah Kediaman atau Residential Property Price Index (RPPI), Negara Brunei Darussalam bagi suku ketiga 2018.

 

Indeks ini dihasilkan dengan data-data yang diperoleh dari bank-bank di Negara Brunei Darussalam dan diterbitkan dengan kerjasama pihak Kementerian Pembangunan, khususnya Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

 

Pada suku ketiga tahun 2018, RPPI adalah 85.5, yang menunjukkan penurunan sebanyak 5.7% tahun ke tahun berbanding dengan suku ketiga tahun 2017 dan penurunan sebanyak 5.7% berbanding dengan suku kedua tahun 2018.

 

Berdasarkan data pinjaman bagi pembelian hartanah kediaman yang diperoleh dari bank-bank, sebanyak 111 transaksi pembelian hartanah kediaman dicatatkan pada suku ketiga tahun 2018.

 

Kebanyakan daripada transaksi tersebut ialah bagi pembelian rumah 'detached' (58%), diikuti oleh rumah berkembar atau semi-detached (22%), rumah teres (16%), pangsapuri (3%) dan tanah (1%).

 

Harga median bagi pembelian kesemua jenis hartanah kediaman pada tempoh suku ketiga tahun 2018 adalah BND250,000. Harga median bagi pembelian rumah 'detached' adalah BND280,000, bagi rumah berkembar atau 'semi-detached' adalah BND199,000, bagi rumah teres adalah BND193,000, bagi pangsapuri adalah BND215,000, dan bagi tanah adalah BND91,000.

 

Harga median secara keseluruhan bagi pembelian hartanah kediaman pada tempoh suku ketiga tahun 2018 meningkat sebanyak 9.4% tahun ke tahun berbanding dengan suku ketiga tahun 2017. Jika dibandingkan dengan suku kedua tahun 2018, harga median bagi pembelian hartanah kediaman menurun sebanyak 3.8% suku tahun ke suku tahun.

 

AMBD ingin memaklumkan bahawa indeks dan statistik yang diterbitkan adalah untuk maklumat umum sahaja. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak hanya bergantung kepada indeks dan statistik ini dalam menilai mana-mana hartanah kerana harga hartanah kediaman adalah berbeza tertakluk kepada lokasi, saiz tanah, keluasan lantai, dan pelbagai faktor lain.

 

AMBD ingin memaklumkan bahawa indeks dan statistik yang diterbitkan adalah untuk maklumat umum sahaja.

 

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak hanya bergantung kepada indeks dan statistik ini dalam menilai mana-mana hartanah kerana harga hartanah kediaman adalah berbeza tertakluk kepada lokasi, saiz tanah, keluasan lantai dan pelbagai faktor lain.

 

Bagi maklumat lanjut, nota teknikal dan data terkini boleh didapati di laman sesawang AMBD ('www.ambd.gov.bn'). Maklumat terkini mengenai RPPI juga akan dikeluarkan dari masa ke masa melalui akaun Instagram AMBD '@autoriti_monetari'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41

 2024-05-14 01:07:29

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59