FacebookInstagramTwitterContact

 

Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>           Mcdonald’s Teases Its Biggest Burger Ever — And It Could Outrival Burger King’s Whopper           >>           Every Time Kelly Osbourne Was Honest Af About Motherhood           >>           Sabrina Carpenter Celebrates 25th Birthday With Leonardo Dicaprio Meme Cake           >>           Canning, Drying And More: The Art Of Food Preservation Across Cultures           >>           Popular Dry Shampoo Brands RECALLED After Cancer-Causing Ingredient Discovered           >>           Foreign Office Investigates Hamas Claim British-Israeli Hostage Killed In Gaza           >>           Children killed as bomb falls near Sudan hospital – MSF           >>           The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won           >>           Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kadar Pengangguran Mencatatkan 19,200 Orang


 


 December 30th, 2018  |  07:20 AM  |   230 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) telah mengendalikan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2017 mulai 16 Oktober hingga 12 November 2017.

 

Objektif utama KTK 2017 ialah untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai saiz, struktur, taburan dan ciri-ciri tenaga kerja, pekerjaan, pengangguran dan lain-lain ciri-ciri ekonomi penduduk yang akan digunakan dalam membantu perancangan, penyelidikan, penyediaan dasar dan pengurusan tenaga kerja.

 

Kajian itu telah meliputi kira-kira 3,200 buah keluarga terpilih di seluruh negara menggunakan kaedah pensampelan yang sistematik. Data yang diperolehi daripada keluarga tersebut telah disesuaikan (extrapolated) mengikut kewajaran sampel (sampling weights) bagi mewakili seluruh penduduk di Negara Brunei Darussalam.

 

Hasil KTK 2017 menunjukkan terdapat kira-kira 81,100 buah keluarga atau isi rumah dan seramai 328,500 orang berumur 15 tahun ke atas.

 

JPKE telah mengeluarkan Laporan Penemuan Ringkas KTK 2017 yang berasaskan data muktamad daripada hasil kajian tersebut.

 

Daripada laporan tersebut mendapati pada tahun 2017, kadar penyertaan tenaga kerja adalah sebanyak 62.7 peratus, di mana kadar penyertaan bagi lelaki lebih tinggi sebanyak 68.9 peratus berbanding dengan perempuan 56.5 peratus.

 

Jumlah penduduk yang bekerja menunjukkan seramai 186,900 orang, terdiri daripada 103,800 orang lelaki (55.5 peratus) dan 83,100 orang perempuan (44.5 peratus).

 

Daripada jumlah penduduk yang bekerja, pekerja tempatan merupakan pekerja teramai iaitu sebanyak 74.6 peratus (139,400 orang), manakala sebanyak 25.4 peratus (47,500 orang) adalah pekerja asing.

 

Taburan penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan mencatatkan Pekerja (employees) sebanyak 91.1 peratus (170,200 orang); Pekerja Sendiri sebanyak 5.7 peratus (10,700 orang); Majikan 2.8 peratus (5,300 orang) dan Pekerja Keluarga 0.4 peratus (700 orang).

 

Seramai 75,400 orang (40.4 peratus) bekerja di sektor kerajaan dan 111,500 orang (59.6 peratus) di sektor swasta.

 

Jenis aktiviti ekonomi yang meliputi kedua-dua sektor kerajaan dan swasta menunjukkan bahawa pentadbiran awam menyumbang bahagian terbesar, iaitu sebanyak 25.0 peratus (46,800 orang). Ini diikuti oleh perdagangan borong dan runcit 14.7 peratus (27,400 orang) dan pendidikan 9.4 peratus (17,500 orang).

 

Taburan penduduk bekerja mengikut jenis pekerjaan pula menunjukkan Pekerja perkhidmatan dan jualan menyumbang bahagian terbesar dengan 21.3 peratus (39,900 orang); Pekerja profesional sebanyak 17.0 peratus (31,900 orang) dan Pekerjaan asas 16.9 peratus (31,600 orang).

 

Daripada jumlah keseluruhan penduduk yang bekerja tersebut, kira-kira 14,500 orang (7.8 peratus) adalah bekerja di sektor tidak formal (informal sector).

 

Sektor tidak formal itu terdiri daripada perusahaan atau perniagaan swasta yang tidak berdaftar dan tidak menyimpan rekod akaun, termasuk isi rumah (households) yang bekerja di rumah persendirian.

 

Purata pendapatan sebulan dari pekerjaan pada tahun 2017 adalah BND1,478 bagi setiap orang yang bekerja berbanding BND1,874 pada tahun 2014.

 

Pekerja tempatan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi sebanyak BND1,579 secara purata, berbanding BND 1,180 bagi pekerja asing.

 

Jumlah penduduk yang menganggur adalah kira-kira seramai 19,200 orang dengan kadar pengangguran sebanyak 9.3 peratus.

 

Daripada jumlah ini, seramai 8,500 orang adalah terdiri daripada belia yang berumur 15 hingga 24 tahun.

 

JPKE ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua keluarga yang terpilih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kajian.

 

Laporan Penemuan Ringkas KTK 2017 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE 'www.depd.gov.bn'.

 

Laporan yang lebih terperinci akan dikeluarkan melalui penerbitan akan datang. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut bolehlah dirujuk ke JPKE seperti berikut : +673 2230250 atau +673 2230265 (waktu pejabat) atau e-mel : '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59