FacebookInstagramTwitterContact

 

Original Opera Marco Polo Rehearsed And Revived In Guangdong           >>           'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Proaktif, Ikuti Kegiatan Bermanfaat


BACAAN Ikrar daripada Ahli-ahli MPP 2018 / 2019 yang diketuai oleh Yang Di-Pertua MPP 2018 / 2019.

 


 December 30th, 2018  |  07:29 AM  |   350 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Para belia perlu meningkatkan kemahiran mereka dalam apa jua bidang kerana mereka merupakan tulang belakang negara dan akan menjadi bakal pemimpin pada masa akan datang.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2018 / 2019, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Awang Md. Rafee bin Haji Awang Isa ketika ditemui Pelita Brunei pada Majlis Pembubaran dan Perlantikan MPP yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD, di sini.

 

Tambahnya, Ahli-ahli MPP UBD khususnya, perlu melibatkan diri dalam acara-acara yang dikendalikan agar mereka mempunyai kemahiran tersendiri dan bersedia untuk menghadapi persekitaran dunia sebenar setelah mereka menamatkan pengajian di UBD.

 

Menyentuh mengenai pengalaman beliau selaku ketua pelajar jelasnya, penglibatannya sebagai Ahli MPP bermula pada tahun 2011 semasa menuntut di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, selain pernah menjadi Ahli Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam dan Persatuan KESAN.

 

Sementara itu, Yang Di-Pertua MPP 2017 / 2018, Awang Mohammad Ashmeer S/O Imtiaz ketika ditemui berkata, sebagai seorang Yang Di-Pertua, apa yang perlu dipelajari ialah cara untuk bekerja sebagai satu pasukan, bagaimana menjadi seorang pemimpin berjaya dan membuat pengurusan masa yang sempurna, contohnya membahagi masa di antara belajar dan menyertai persatuan.

 

Tambahnya lagi, sebagai seorang Yang Di-Pertua, mereka perlu memperkenalkan diri sebagai satu pasukan dan persatuan kepada para universiti dalam dan luar negara juga orang-orang penting negara, termasuk kerabat-kerabat diraja, Menteri-menteri dan Setiausaha-setiausaha Tetap melalui acara-acara yang diadakan seperti semasa penglibatan mereka dalam Hari Belia dan Hari Beraksi (Day of Action) 2018.

 

Apa yang perlu difokuskan sebagai seorang Yang Di-Pertua menurutnya lagi ialah bagaimana untuk bekerjasama sebagai satu pasukan dengan mengimbas kembali ikrar yang dilafazkan kerana ia menjadi pendorong kepada para MPP lain.

 

Menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi jelasnya, penglibatan para belia dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan bukan sahaja terhad di UBD sahaja, tetapi juga di universiti lain.

 

Selain itu tambahnya, pengurusan masa juga merupakan salah satu cabaran yang dihadapi kerana masa pembelajaran bagi setiap pelajar adalah berlainan ditambah dengan tanggunjawab yang diamanahkan, namun pelajaran adalah lebih penting dan merupakan fokus utama mereka.

 

Terdahulu itu, Penolong Naib Canselor (Korporat & Pentadbiran), Dayang Hajah Rubiah binti Haji Yacub dalam ucapannya berkata, UBD berasa bangga dengan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh para MPP dengan sokongan para mahasiswa di universiti itu seperti keterlibatan para mahasiswa UBD dalam mengungkayahkan program-program keagamaan seperti Program Qiyamulail dan penyertaan mereka dalam aktitivi sukarelawan seperti penglibatan hampir kesemua fakulti di dalam Hari Beraksi sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa.

 

Dayang Hajah Rubiah seterusnya berharap, pengalaman yang diperoleh dan kemahiran yang dipelajari sepanjang menjadi MPP akan dapat diguna pakai juga dimanfaatkan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi setelah tamat pengajian dan memulakan kerjaya masing-masing.

 

Namun tambahnya, ia bukan bererti bahawa perjalanan pembelajaran mereka untuk menjadi seorang bakal pemimpin terhenti di sini saja.

 

Beliau juga menyarankan dan menyeru agar para MPP sentiasa proaktif dalam mengikuti kegiatan bermanfaat, baik di dalam mahupun luar UBD.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan Penyampaian Sijil-sijil Penghargaan kepada Ahli-ahli MPP 2017 / 2018, disusuli dengan Penyampaian Surat-surat Lantikan kepada Ahli-ahli MPP 2018 / 2019 dan Bacaan Ikrar daripada Ahli-ahli MPP 2018 / 2019 yang diketuai oleh Yang Di-Pertua MPP 2018 / 2019.

 

Kempen pemilihan MPP diadakan setiap tahun dan pada tahun ini ia diadakan pada penghujung bulan September, di mana calon-calon yang berjaya akan menjalani Kursus Kepimpinan selama empat hari sebelum mereka boleh memilih dan mengundi dalam kalangan mereka untuk memegang jawatan yang ada.

 

Pelantikan itu akan memberi pengalaman dan pendedahan kepada para pelajar tentang bagaimana kepimpinan pelajar beroperasi di dalam suasana universiti, di samping membangun kemahiran berkaitan dalam jawatan mereka, sebelum menjadi pemimpin masa depan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59