FacebookInstagramTwitterContact

 

Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>           Mcdonald’s Teases Its Biggest Burger Ever — And It Could Outrival Burger King’s Whopper           >>           Every Time Kelly Osbourne Was Honest Af About Motherhood           >>           Sabrina Carpenter Celebrates 25th Birthday With Leonardo Dicaprio Meme Cake           >>           Canning, Drying And More: The Art Of Food Preservation Across Cultures           >>           Popular Dry Shampoo Brands RECALLED After Cancer-Causing Ingredient Discovered           >>           Foreign Office Investigates Hamas Claim British-Israeli Hostage Killed In Gaza           >>           Children killed as bomb falls near Sudan hospital – MSF           >>           The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won           >>           Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Nur Islam Beri Kekuatan Baharu Kepada Dayang Siti Maryam


PEMANGKU Ketua Bahagian Pengembangan Da'wah, PDI, Awang Ali Hassan bin Mohd. Said menyampaikan cenderamata kepada Dayang Rosalie Sumaljag Germano sekeluarga.

 


 December 31st, 2018  |  07:09 AM  |   321 views

KAMPUNG TANAH JAMBU

 

Keindahan Nur Islam telah menyentuh hati seorang saudara baharu berbangsa Filipina dan memberi kekuatan baharu kepada beliau dari terjerumus melakukan kesalahan yang mensia-siakan dirinya.

 

Kemurungan yang dilalui oleh Dayang Rosalie Sumaljag Germano (43) terlalu mendalam, sehingga hampir mengakhiri hidupnya, namun hidayah yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala telah memberi ketabahan dan kecekalan kepada beliau untuk terus menghadapi dugaan hidup.

 

Dayang Rosalie Sumaljag Germano yang kini dikenali sebagai Dayang Siti Maryam binti Abdullah Geramo, semasa ditemui oleh Pelita Brunei pada Majlis Pengislaman yang berlangsung di kediamannya di Rancangan Perumahan Negara Tanah Jambu berkata, beliau kini berasa tenang dan menyedari bahawa agama Islam adalah agama benar yang mempunyai banyak keistimewaan tersendiri, seperti kewajipan menunaikan sembahyang fardu lima waktu, zakat, puasa dan sebagainya.

 

Jelasnya lagi, kawan-kawannya yang beragama Islam juga banyak membantu beliau mendalami agama Islam.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan lafaz dua kalimah syahadah daripada Dayang Siti Maryam disertai tiga orang anaknya, iaitu Awang Eric Chia Chien Voon (13) yang kini dikenali sebagai Awang Muhammad Syafiq Chua bin Muhammad Syafie; Awang David Ong Germano Chua (9) yang kini dikenali sebagai Awang Muhammad Syakir Chua bin Muhammad Syafie dan Awang Michael Chia Chiew Hee (6) yang kini dikenali sebagai Awang Muhammad Mirza Chua bin Muhamamd Syafie.

 

Lafaz dua kalimah syahadah dilafazkan di hadapan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Da'wah (Pengislaman), Pusat Da'wah Islamiah.

 

Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai, diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

 

Sejak Januari 2018 hingga November 2018, seramai 359 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara.

 

Manakala sepanjang tahun 2017 menunjukkan seramai 409 orang telah memeluk agama Islam seluruh negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59