FacebookInstagramTwitterContact

 

Original Opera Marco Polo Rehearsed And Revived In Guangdong           >>           'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Amalkan Sikap Berjimat Cermat Dalam Kehidupan


TAZKIRAH motivasi bertajuk ‘Penjimatan Tenaga’ disampaikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Sammali bin Haji Adam.

 


 December 31st, 2018  |  07:10 AM  |   224 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Agama Islam menggalakkan umatnya untuk mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian, termasuklah penjimatan penggunaan tenaga.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Sammali bin Haji Adam semasa menyampaikan tazkirah motivasi bertajuk 'Penjimatan Tenaga' bersempena Program Masjidku Makmur, Negara Berkat yang berlangsung di Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

 

''Islam pada dasarnya tidak menghalang keinginan dan kehendak manusia yang cenderung memerlukan penggunaan tenaga, agar mengecapi kesenangan dan keselesaan, asalkan kehendak ini diawasi dan dibatasi agar tidak melakukan perkara yang menjurus kepada pembaziran,'' jelasnya.

 

Tambahnya lagi, penggunaan tenaga secara melampau atau berlebihan sehingga membawa ke tahap pembaziran adalah sangat merugikan diri sendiri, masyarakat serta negara.

 

Menurutnya, jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini ialah kembali kepada kebijaksanaan manusia itu sendiri dalam menilai penggunaan tenaga antara keperluan dengan keinginan.

 

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Pemangku Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Setiausaha Tetap dan Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM); Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.

 

Program Masjidku Makmur Negara Berkat pada minggu ini dikendalikan oleh KHEU bersama Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian dengan sokongan JPM.

 

Ianya merupakan satu program mingguan dan ajakan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid.

 

Program ini juga turut memberikan peluang kepada para pengunjung bersempena acara Bandarku Ceria, memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59