Home > Bahasa Melayu
Dayang Sabrina Eelini Juara Cuckoo Stardom Quest 3
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong menyampaikan hadiah kepada juara SQ3, Dayang Sabrina Eelini binti Haji Mayalin.
December 31st, 2018 | 07:18 AM | 519 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dayang Sabrina Eelini binti Haji Mayalin dinobatkan sebagai juara peraduan nyanyian Cuckoo Stardom Quest 3 bersempena Brunei December Festival (BDF) 2018 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak BND1,500 berserta trofi dan barangan Cuckoo.
Tempat kedua dengan memenangi wang tunai sebanyak BND1,000 berserta trofi diraih oleh Bridget Ang diikuti tempat ketiga oleh Eric Tan Yi Yong yang membawa pulang wang tunai sebanyak BND500 juga berserta trofi.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang berlangsung di Jerudong Amphitheatre di sini ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong
Cuckoo Stardom Quest 3 (SQ3) menyediakan platform bagi bakat-bakat tempatan menampilkan kemahiran dan keupayaan unik mereka dan pada masa yang sama, mengenal pasti bakat-bakat yang berpotensi untuk diasah menjadi artis Negara Brunei Darussalam yang akan datang.
Lebih 200 peserta dari keempat-empat daerah menyertai peraduan tersebut, tetapi hanya sepuluh yang terbaik daripada jumlah tersebut dipilih untuk mara ke peringkat akhir.
Sementara itu, Karnival Amal Cuckoo SQ3 juga diadakan di Jerudong Park Amphitheatre yang berlangsung selama tiga hari mulai 28 Disember lalu.
Karnival mengetengahkan pameran Dino dengan haiwan hidup seperti burung helang dan burung kakak tua, di samping permainan seperti paintball, pertandingan drone, pameran kereta dan banyak lagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]