Home > Bahasa Melayu
Kemasukan Pelajar Sanah 5, 7 Dan Pra U 1 Sekolah Arab
January 1st, 2019 | 06:23 AM | 440 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa hari kemasukan pelajar Sanah 5, 7 dan Pra U 1 bagi Sesi Pembelajaran Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi di Sekolah-sekolah Arab adalah seperti berikut :
Bagi SANAH 5, iaitu Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, Kilometer 2, Jalan Raja Isten Pengiran Anak Saleha; Mahad Islam Brunei Kampung Bukit Bendera, Tutong; Sekolah Arab Belait, Jalan Dipa Negara, Kampung Mumong; dan Sekolah Persediaan Arab Temburong, Pekan Bangar Lama, Temburong akan memulakan persekolahan pada Sabtu, 5 Januari 2019, jam 7.30 pagi.
Manakala hari kemasukan pelajar bagi Sekolah Menengah Arab Rimba, Perumahan Negara Kampung Rimba ialah pada Sabtu, 12 Januari 2019, jam 7.30 pagi.
Sementara SANAH 7, iaitu Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok akan bermula pada Khamis, 3 Januari 2019, jam 7.30 pagi.
PRA U 1, iaitu bagi Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Kilometer 2, Jalan Raja Isten Pengiran Anak Saleha akan bermula pada Isnin, 21 Januari 2019, jam 7.30 pagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]