Home > Bahasa Melayu
Kes Curi Besi-Besian - Dua Suspek Tempatan Disyaki Terlibat
January 1st, 2019 | 06:30 AM | 1478 views
TUTONG
Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Sabtu lepas, 29 Disember telah berjaya menahan dua orang suspek tempatan, Norazizulsyaah Bani bin Abdul Aziz dan Mohd. Amal Izwan bin Amat yang dipercayai terlibat dalam kes curi besi-besian yang berlaku di kawasan Hua Ho Petani Mall dan Tangki Air JKR Jalan Bukit Amboq, setelah menerima maklumat dari orang awam.
Berikutan laporan dari orang awam mengenai kereta yang mencurigakan di kawasan Menara DST Bukit Amboq, anggota dari Balai Polis Tutong pergi ke tempat tersebut dan memerhatikan kereta terbabit.
Sejurus kemudian, dua orang tempatan keluar dari kawasan hutan berhampiran membawa beg dan menyimpannya di bonet kereta. Penahanan terus dilakukan dan setelah kereta serta beg diperiksa, didapati besi-besian yang telah dicuri dari kawasan berkenaan.
Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan yang dipercayai terlibat dengan kes-kes lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]