Home > Bahasa Melayu
PK Temburong Kendalikan Rondaan Cegahan Jenayah
RONDAAN pencegahan jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei bersama Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Puni di bawah tadahan Mukim Temburong.
January 1st, 2019 | 06:31 AM | 299 views
TEMBURONG
Balai Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Puni di bawah tadahan Mukim Temburong Sabtu lepas, 29 Disember, telah mengendalikan rondaan dan pencegahan jenayah.
Rondaan tersebut diketuai oleh Penolong Penguasa Polis (ASP) Pg. Azlan Shah. bin Pg. Haji Ahmad, Pegawai Jenayah dan Lalu Lintas Daerah berserta beberapa anggota dari Balai Polis Temburong dan Ahli-ahli PK dengan berjalan kaki di sekitar Kampung Ujong Jalan.
Bagaimanapun, tiada jenayah dilaporkan berlaku dan PPDB akan sentiasa mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan berhati-hati apabila hendak meninggalkan rumah.
Mereka juga boleh menghubungi balai-balai berdekatan bagi rondaan dan pemantauan semasa ketiadaan penghuni rumah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]