FacebookInstagramTwitterContact

 

Man Freed Five Days After South Africa Building Collapse           >>           Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding           >>           'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PPNBD - PPM Negeri Perak Meterai Mou


KETUA Pesuruhjaya Pegakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid bertukar dokumen Memorandum Persefahaman.PESURUHJAYA-Pesuruhjaya Pengakap ('Scout Commissioner's) yang menyaksikan penandatangani memorandum daripada kedua buah negara dan negeri bergambar ramai.

 


 January 1st, 2019  |  06:42 AM  |   356 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak.

 

PPNBD dan PPM Negeri Perak berminat untuk bekerjasama dengan menggabungkan sumber yang ada dan bakal diperoleh melalui kepakaran dan kemahiran masing-masing untuk kepentingan bersama di dalam bidang yang diterokai bersama, terutama dalam aspek kepengakapan.

 

PPNBD dan PPM Negeri Perak akan turut bekerjasama dalam hal yang berkaitan dengan latihan kepengakapan dan pertukaran program di bawah selian kedua-dua pihak terlibat.

 

Kedua-dua pihak dengan ini memeterai MoU untuk merekodkan dasar-dasar persefahaman di antara kedua-dua pihak dan menyatakan bidang-bidang kerjasama yang akan dilaksanakan.

 

Objektif MoU ini bertujuan untuk mengadakan kerjasama dalam aspek pertukaran pelajar dan Pemimpin Pengakap dari PPNBD dan PPM Negeri Perak, selain mengadakan kerjasama di dalam program latihan kepengakapan dan program pembangunan modal insan.

 

Di samping mengadakan pelbagai program berkaitan kepengakapan atau di luar bidang kepengakapan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak bagi tujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap masing-masing dan mengadakan usahasama dalam bentuk pertukaran program dewasa atau pelajar dalam kalangan PPNBD dan PPM Negeri Perak bagi tujuan meningkatkan kemajuan, kemahiran dan pembangunan kepengakapan dalam kalangan pihak-pihak yang terlibat serta mengadakan usahasama dalam bentuk perkongsian maklumat dan pendedahan di dalam bidang kepengakapan yang dijangka akan dapat memberikan manfaat kepada PPNBD dan PPM Negeri Perak.

 

Penandatanganan MoU tersebut disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid.

 

Majlis Menandatangani MoU berlangsung bertempat di Bilik Persidangan, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Jalan Gadong yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua PPNBD, Awang Haji Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.

 

Turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap; Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap; Pesuruhjaya Pengakap Daerah; Ketua Pegawai Eksekutif Pengakap; Pegawai Eksekutif Pengakap; Pemimpin-pemimpin Pengakap; dan Penolong-penolong Pemimpin Pengakap.

 

Manakala pihak PPM Negeri Perak turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPM, Mejar Jeneral (B) Professor Dato' Dr. Mohd. Zin bin Bidin; Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPM, Haji Nasaruddin bin Haji Shamsuddin; dan beberapa orang Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59