FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lebih Imajinatif, Kreatif Tingkatkan Industri Pelancongan


Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong pada Majlis Penghargaan bagi Brunei Disember Festival (BDF) 2018.

 


 January 1st, 2019  |  06:48 AM  |   269 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Para pengendali acara di negara ini disaran supaya akan dapat menganjurkan lebih banyak acara bersifat antarabangsa yang boleh menarik lebih banyak pengunjung ke negara ini, di samping bersikap lebih imajinatif dan kreatif dalam industri pelancongan Brunei untuk dimasukkan dalam sebahagian daripada kalendar acara tahunan.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong berkata, Bandar Seri Begawan akan menjadi ibu negeri budaya Islam bagi rantau Asia pada tahun 2019 yang akan memberikan peluang yang baik untuk mengadakan lebih banyak acara ke arah menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan yang lebih menonjol.

 

Terdahulu, semasa berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Penghargaan bagi Brunei December Festival (BDF) 2018, Yang Berhormat juga menjelaskan mengenai beberapa aktiviti yang masih diteruskan sehingga pertengahan bulan Januari 2019 termasuk Brunei Salebration yang akan berlangsung sehingga awal Februari 2019.

 

Di kesempatan ini Yang Berhormat tidak lupa mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang BDF 2018 dan penuh berharap bagi acara-acara yang lebih besar dan menarik tahun hadapan.

 

Majlis Penghargaan yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan di sini turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pembesar-pembesar luar negeri, Ahli-ahli Lembaga Pelancongan Brunei, ejen pelancongan, pengusaha hotel, rakan-rakan strategik dan penganjur acara BDF 2018.

 

BDF kali kedua tahun ini menyediakan lebih 60 acara berbanding 40 acara tahun lepas di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Darussalam secara rasminya melancarkan festival ini pada 2 Disember 2018 dan seterusnya menyertai acara berbasikal yang disertai melalui Bandar Seri Begawan.

 

BDF 2018 menawarkan pelbagai acara bermula dari Pesta Makanan Antarabangsa, Budaya dan Seni Kreatif, Festival Islam, Sukan dan Cabaran dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Beberapa acara kemuncak Brunei December Festival dalam empat minggu yang lalu termasuk 1st Brunei Unexpected Kingdom Ultra Marathon anjuran Begawan Athlete Enterprise dengan 419 peserta termasuk 16 pelari antarabangsa dari Hungary, Perancis dan Jerman. Larian Green Jewel Night yang dianjurkan untuk tahun ketiga berturut-turut oleh pertubuhan CARE yang disertai oleh lebih daripada 400 peserta, dengan beberapa pelari antarabangsa dari Amerika Syarikat, New Zealand dan Morocco. Jungle Quest yang dianjurkan oleh Entee Management disertai oleh 17 peserta antarabangsa di samping Asian MTB Challenge yang diadakan di Hutan Simpan Berakas dengan 20 penyertaan antarabangsa. Terdapat beberapa tayangan filem antarabangsa turut dibawakan oleh Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi di negara ini.

 

Seorang chef terkenal, Chef Juna dibawakan oleh Kedutaan Besar Indonesia untuk Fabulous Culinary of Indonesia, Chef Arnaud Tabarec untuk kelas memasak Savoir Faire Perancis yang dianjurkan oleh Aliansi Francaise dan Pesta Makanan Singapura yang dianjurkan oleh Royal Brunei Catering dengan sokongan Suruhanjaya Tinggi Singapura yang menawarkan Masakan Kampung Singapura dari Restoran Maimunah juga menambah keceriaan BDF 2018. Peserta ASEAN turut sama mengambil bahagian dalam 1st ASEAN Rover Moot, Kejohanan Wrestling Terbuka Lengan Pertama, Pertandingan Double Dart Brunei Terbuka, Brunei Mountain Bike Temburong, Perlumbaan Powerboat RC Terbuka, serta Kejohanan Karate Do Terbuka Antarabangsa Shitokai.

 

Terdapat juga beberapa acara yang menjadi tarikan pengunjung seperti Muslim Youth Camp, Alpha Challenge, BelaitFest, Splat Paintball Tournament. Aktiviti-aktiviti lain turut yang dianjurkan semasa musim cuti sekolah termasuklah Pameran Seni Raja Julangan Kasih Rakyat oleh Atelier Hui Fong, Story of Lights di Taman Permainan Jerudong, DST Karnival dan Farmer Market Postcard daripada Peladang Tempatan di mana hidangan lazat masakan tempatan telah disediakan oleh Eco Ponies Garden dan White Sand Safari yang menawarkan pengalaman makan yang unik di atas pasir putih.

 

Beberapa acara diteruskan sehingga pertengahan bulan Januari 2019, antaranya Drone Race dan Rise Up, Brunei Traditional Archery Festival, Kem Latihan Brunei Martial Arts International dan Brunei Salebration yang akan diadakan sehingga awal bulan Februari 2019.

 

Di majlis ini, Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan pelancongan juga menyampaikan sijil penghargaan kepada penganjur acara, manakala Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan) Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali turut menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategik, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka dalam menjayakan penganjuran BDF 2018.

 

Pesta ini merupakan inisiatif Lembaga Pelancongan Brunei dengan kerjasama kementerian dan sektor swasta serta pihak berkepentingan yang berkaitan, dengan objektif untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke Brunei dengan mengadakan pelbagai acara untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa. Festival ini juga melibatkan lebih 400 belia dari keempat-empat daerah sebagai sukarelawan dalam operasi dan logistik acara dan aktiviti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59