FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tinjau Pembinaan Masjid Baharu Kampung Bukit Panggal


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman mengadakan lawatan kerja bagi meninjau persiapan akhir pembinaan masjid baharu Kampung Bukit Panggal.

 


 January 1st, 2019  |  06:50 AM  |   488 views

TUTONG

 

Penduduk Kampung Bukit Panggal akan mula dapat menggunakan masjid baharu kampung tersebut yang dijangka siap sepenuhnya, pada Januari 2019.

 

Masjid yang merupakan masjid kedua menggunakan peruntukan perbelanjaan dari Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam kini sudah 93 peratus siap dan boleh menampung kira-kira 600 hingga 800 jemaah.

 

Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman telah membuat lawatan kerja ke tapak pembinaan untuk memantau perkembangan dan meninjau prestasi kerja-kerja pembinaan di tapak projek masjid baharu berkenaan.

 

Taklimat mengenai perkembangan pembinaannya disampaikan oleh Arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR), Haji Muazzam bin Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti.

 

Bangunan masjid baharu tersebut dibina di atas sebidang tanah berkeluasan lima ekar dengan anggaran peruntukan perbelanjaan berjumlah BND3 juta.

 

Di antara kemudahan yang disediakan di masjid tersebut adalah Dewan Sembahyang Utama Lelaki; Ruang Sembahyang Perempuan; Bilik Kuliah; Bilik Perpustakaan dan Teknologi Maklumat; Pejabat Pentadbiran; Bilik Tetamu; Pejabat Imam dan Bilal; Tandas dan Tempat Berwudu Orang Berkeperluan Khas Lelaki dan Perempuan, serta Bilik Pengurusan Jenazah.

 

Turut hadir bersama rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang; Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid selaku Ketua Urusetia Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri dan Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Haji Abd. Aziz bin Haji Akop, serta pegawai-pegawai kanan dari KHEU dan JKR.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59