FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Revolusi Industri Keempat Cabar Kemahiran, Tingkatkan Pembelajaran Sepanjang Hayat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Tahun Baharu

 


 January 1st, 2019  |  06:52 AM  |   422 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dari sudut ekonomi Alhamdulillah, unjuran pertumbuhan pada tahun 2019 ini dijangka semakin lebih baik. Namun kita tidaklah boleh leka atau cepat-cepat berpuas hati, kerana di sana masih banyak cabaran untuk dihadapi.

 

Antara yang menjadi perhatian utama kini ialah Revolusi Perindustrian Keempat atau Fourth Industrial Revolution.

 

Perkara ini dinyatakan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Tahun Baharu Masihi 2019.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda menjelaskan, adapun langkah berkesan ke arah ekonomi ialah penyertaan kita dalam rangkaian global untuk meningkatkan produktiviti dan peluang, dengan memastikan juga kita dapat memenuhi prasyarat piawaian dan peraturan, selain berupaya menyesuaikan diri dengan teknologi digital.

 

Baginda seterusnya bertitah, ini memerlukan kita untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain, dalam rangkaian ekonomi global, kita perlu mengambil peluang yang sedia ada, termasuk di rantau ASEAN, di mana pasaran e-dagang ASEAN mempunyai potensi untuk meningkat daripada $30 billion dollar Amerika dalam tahun 2016 menjadi $200 billion menjelang tahun 2025.

 

''Kemajuan teknologi hasil daripada Revolusi Industri Keempat ini walau bagaimanapun, akan mencabar kemahiran konvensional yang kita miliki, yang memerlukan peningkatan kemahiran yang ada dan pembelajaran sepanjang hayat,'' titah baginda.

 

Dari kesan ekonomi pada skop yang lebih luas, titah baginda, kita perlu menyediakan dasar-dasar yang bersesuaian untuk menjalin kerjasama serantau dan antarabangsa.

 

Terdahulu dalam titah baginda melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat melangkah ke Tahun Baharu Masihi 2019 dalam keadaan aman lagi sejahtera, sedang orang lain di mana-mana mengalami pelbagai bencana, ini tidak syak lagi adalah satu kurnia istimewa daripada Allah kepada kita dan kita wajiblah mensyukurinya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59