FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tanam Azam Untuk Terus Maju, Berjaya Dalam Pembelajaran


AWANG Md. Fadhlullah Qawiem bin Abdullah Eddy Shahroni, berumur 11 tahun yang bersekolah di Seri Mulia Sarjana School.

 


 January 2nd, 2019  |  06:58 AM  |   334 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam masa tidak sampai 24 jam akan datang, para pelajar daripada pelbagai peringkat umur akan kembali ke alam persekolahan masing-masing untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat atau kelas seterusnya, manakala bagi murid-murid yang baharu hendak memasuki alam persekolahan pula bakal menghadapi satu suasana dan pengalaman baharu dalam kehidupan mereka.

 

Awang Muhd. Fadhli bin Abdullah yang bersekolah di Sekolah Menengah Berakas dalam Tahun 10 ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei menjelaskan, dalam persediaan untuk kembali ke sekolah, hampir kesemua peralatan persekolahan yang diperlukan untuk kegunaan di sekolah sudahpun tersedia.

 

Beliau seterusnya menjelaskan, pada tahun baharu 2019 ini juga beliau meletakkan azam dan hasrat untuk memperbaiki lagi kedudukan beliau dalam peperiksaan di dalam kelas beliau dan jika boleh untuk mendapatkan tempat pertama di dalam kelasnya nanti dengan belajar bersungguh-sungguh dan membanggakan keluarganya.

 

Manakala, Awang Md. Fadhlullah Qawiem bin Abdullah Eddy Shahroni, berumur 11 tahun yang bersekolah di Seri Mulia Sarjana School bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun ini.

 

Jelasnya, dalam persediaan untuk kembali ke alam persekolahan, beliau sudahpun meletakkan semangat yang kuat untuk mendapatkan keputusan gred 'A' dalam setiap mata pelajaran.

 

"Selain menghadiri kelas seperti biasa, saya juga akan menghadiri kelas tambahan atau tuisyen bagi meningkatkan kefahaman saya dalam subjek yang sedikit sukar bagi saya, iaitu matematik," jelas beliau lagi.

 

Sementara Awang Md. Atqa Adaniy bin Haji Md. Helmi Syahrin yang berumur 9 tahun, kini bersekolah di Sekolah St. Andrews dalam Tahun 3 juga berhasrat untuk meningkatkan keputusan peperiksaannya tahun ini, di samping untuk membanggakan kedua ibu bapa beliau.

 

Tambahnya lagi, beliau kini lebih bersemangat untuk kembali ke sekolah setelah lama meninggalkan alam persekolahan susulan musim Cuti Penggal Persekolahan Ke-4, 2018 sepanjang bulan Disember.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59