Home > Sports
Tabuan Muda Tewaskan Rainbow FC
PERLAWANAN antara Tabuan Muda (jersi kuning) dan Rainbow FC (jersi hitam) dalam Liga Perdana Brunei DST 2018/2019 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Berakas.
February 5th, 2019 | 06:17 AM | 1298 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Tabuan Muda mengekalkan rekod tanpa kalahnya apabila menewaskan pasukan Rainbow FC, 5-1 pada perlawanan Liga Perdana Brunei DST yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas pada petang kelmarin.
Pada perlawanan tersebut, Mohd. Azinur Rashiman bin Awang Haji Jufri menghadiahkan dua gol bagi pasukannya iaitu pada minit ke-9 melalui sepakan penalti dan minit ke-18.
Gol tunggal pasukan Rainbow FC hanya hadir pada minit akhir separuh masa pertama melalui jaringan Pengiran Muhd. Aliyul Azim bin Pengiran Matalie.
Dua minit perlawanan memasuki separuh masa kedua, pasukan Tabuan Muda menambah gol ketiganya melalui sepakan Md. Aisan Aizuddin bin Abdullah Md. Aiman yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang pasukan Rainbow FC.
Selang tiga minit kemudian, Md. Aminuddin bin Haji Masri menghadiahkan gol keempat bagi pasukannya dengan sepakan tajam menembusi gawang pihak lawan.
Gol kemenangan pasukan Tabuan Muda dijaringkan pada minit ke-59 melalui Md. Eddy Shahrol bin Haji Omar.
Pasukan Rainbow FC yang hanya bermain 10 orang setelah seorang pemainnya dilayangkan kad merah cuba mencari peluang untuk menambah jaringan namun terpaksa akur dengan keputusan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]