Home > Bahasa Melayu
Sesi Kongsi Sama Dedah Pelajar Bahaya Dadah
February 7th, 2019 | 06:40 AM | 198 views
KUALA BELAIT
Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Lumut di bawah Jabatan Kaunseling sekolah ini telah mengadakan sesi kongsi sama yang bertajuk 'Profiling' dari Biro Kawalan Narkotik (BKN) Daerah Belait sempena Sambutan Jubli Perak sekolah tersebut pada Isnin, 4 Februari lalu.
Sesi kongsi sama ini diberikan oleh Penolong Pegawai Narkotik 1 BKN Daerah Belait, Awang. Mohamad Suffian bin Haji Yusof. Turut hadir ialah Ketua Bahagian BKN Daerah Belait, CNO 11 Awang Jalani bin Haji Daud.
Sesi kongsi sama ini turut dihadiri oleh Pengetua Sekolah, Dayang Halizawati binti Kepli; Pengetua Pentadbiran Sekolah, Dayang Nazli Noor binti Haji Marmin dan Timbalan Pengetua Akademik, Awang Haji Kamal Bahrin bin Haji Jamal serta semua guru-guru di sekolah tersebut.
Objektif sesi kongsi sama ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada para pelajar dan juga keluarga pelajar tentang bahayanya dadah dan juga untuk memberikan keterangan cara mengenal akan pelajar atau keluarga pelajar yang terlibat dengan penggunaan dadah supaya dapat dibendung dari awal agar tidak berlanjutan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]