FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MSD Tingkatkan Kefahaman Mengenai Konsep Dan Kaedah Pelaksanaan 3PSA


PARA peserta Bengkel Penilaian Sendiri (Self-Assessment Workshop) bagi Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang kali ke-5.

 


 February 8th, 2019  |  06:53 AM  |   525 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Bengkel Penilaian Sendiri (Self-Assessment Workshop) bagi Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang Kali Ke-5.

 

 Jabatan Perkhidmatan Pengurusan menyatakan seramai 44 peserta dari sembilan buah jabatan yang banyak berurusan dengan orang ramai menyertai bengkel selama lima hari itu yang bermula pada 28 Januari 2019 hingga 2 Februari 2019 lepas, di Institut Perkhidmatan Awam.

 

 Bengkel melibatkan beberapa aktiviti seperti penerangan / taklimat mengenai konsep 3PSA dan empat skop penilaiannya/ pengurusan teras / utama, iaitu strategi dan pelaksanaan; dasar dan pelaksanaan; sumber manusia dan pemedulian pelanggan.

 

 Juga diselitkan semasa bengkel tersebut ialah beberapa aktiviti berkumpulan mengandungi tatacara menggunakan Senarai Semak 3PSA, penyediaan laporan dan borang-borang 3PSA yang lain.

 

 Bengkel antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan 3PSA dan seterusnya membolehkan mereka melaksanakan Self-Assessment 3PSA di jabatan masing-masing sejurus selepas berakhirnya bengkel dengan menggunakan borang-borang penilaian 3PSA.

 

Melalui penemuan 'self-assessment' ini nanti, jabatan-jabatan terlibat dapat melaksanakan penambahbaikan dan mempersiapkan jabatan masing-masing untuk penilaian formal oleh MSD.

 

 3PSA merupakan salah satu sistem penilaian yang dihasratkan akan dapat memberikan pengiktirafan / penghargaan kepada kementerian dan jabatan kerajaan yang telah berusaha ke arah peningkatan kecekapan, keberkesanan, prestasi, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

 

 Selain itu, 3PSA juga akan menilai dan mengukur prestasi jabatan kerajaan ke arah memastikan penyampaian perkhidmatan berada di tahap yang cemerlang serta dapat menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan jabatan kerajaan dalam amalan pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

 

Dengan adanya 3PSA akan dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk meningkatkan prestasi, kualiti dan produktiviti kerja di kalangan warga Perkhidmatan Awam dan membantu dalam memberkesankan lagi usaha penambahbaikan dan pembaharuan yang telah / sedang / akan dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam.

 

 Melalui 3PSA juga akan dapat memberi promosi meluas mengenai dasar, strategi, mekanisme dan amalan terbaik yang dapat dijadikan sebagai tanda aras (benchmark) dalam Perkhidmatan Awam serta pengurusan prestasi dan kualiti yang telah membawa kejayaan kepada organisasi.

 

 Ianya selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berharap agar agensi-agensi kerajaan akan terus mempertingkatkan lagi urus tadbir agensi masing-masing demi kecemerlangan Perkhidmatan Awam dengan adanya penarafan (Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang) sebagaimana yang baginda titahkan sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-25 pada 31 Oktober 2018.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16