FacebookInstagramTwitterContact

 

Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>           Liverpool's Klopp Insists Salah Argument Resolved           >>           Lionel Messi Wins MLS Player Of The Month For First Time           >>           Have The Wheels Come Off For Tesla?           >>           Artwork Exhibition           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelajar Berkeperluan Khas Terima Sijil Program Pra-Vokasional


PEMANGKU Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Program Pra-Vokasional Sesi 2014 - 2018.

 


 February 8th, 2019  |  07:12 AM  |   731 views

BERAKAS

 

Seramai 75 pelajar yang telah menamatkan Program Pra-Vokasional Sesi 2014 - 2018 menerima sijil masing-masing pada Majlis Penyampaian Sijil-Sijil Program Pra-Vokasional Sesi 2014 - 2018 dan Hari Terbuka Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas Peringkat Menengah, berlangsung di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas, di sini.

 

Penyampaian sijil-sijil disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee.

 

 Dalam ucapan alu-aluannya, Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan, Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor menjelaskan bahawa UPK sedang merangka khursus bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas tahap tinggi di peringkat rendah.

 

Dalam jangka yang terdekat katanya kurikulum bagi peringkat menengah melalui program Pra-Vokasional akan dirangka semula bagi tujuan supaya kurikulum dapat menepati kemahiran yang diperlukan oleh pihak-pihak industri.

 

 "Dalam bidang sukan, UPK dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah sama-sama berganding bahu dalam menjayakan sukan senegara yang mana melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas turut terlibat dalam sukan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan," jelasnya.

 

 Beliau seterusnya berkata, enam pelajar berkeperluan khas akan mengikuti Sukan 'Special Olympics World Games Abu Dhabi 2019' yang akan berlangsung pada 8 hingga 22 Mac 2019.

 

Dalam hal keugamaan pula katanya lagi UPK juga telah berjaya memberi peluang kepada empat pelajar berkeperluan khas sensori penglihatan hasil dari perbincangan dengan institut tahfiz untuk mereka mengikuti program-program hafazan mengikut kategori tertentu.

 

 Manakala dalam pertandingan memasak khusus bagi pelajar berkeperluan khas yang dianjurkan tahun 2018 juga merupakan usaha pihak UPK dalam memastikan pelajar berkeperluan khas mampu untuk memperlihatkan kemahiran dalam bidang kulinari.

 

 Acara tahunan yang diselenggarakan oleh UPK ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, ibu bapa, guru-guru HRT (Home Room Teacher), pengetua, wakil-wakil dari sektor swasta, pegawai-pegawai dari UPK dan Kementerian Pendidikan.

 

 Program Pra Vokasional adalah program lima tahun sekolah menengah yang dirancang untuk memenuhi keperluan pelajar berkeperluan khas yang memerlukan sokongan tambahan dalam menguasai kemahiran atau lebih dominan iaitu akademik, sosial dan komunikasi, fizikal dalam hidup bebas di mana selama mengikuti program itu mereka akan didedahkan dengan cara hidup berdikari dan kemahiran asas vokasional dengan dibantu oleh guru-guru HRT.

 

Program merupakan jalur alternatif dengan tujuan untuk memaksimumkan potensi pelajar berkeperluan khas sehingga mereka dapat memperolehi pelbagai kemahiran hidup mandiri dan kemahiran vokasional asas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07