Home > Bahasa Melayu
Wanita Viet Nam Ditangkap Jalankan Aktiviti Tidak Bermoral
February 9th, 2019 | 06:30 AM | 160 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kegiatan tidak bermoral terbongkar dalam satu serbuan yang dibuat oleh Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat , Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) baru-baru ini.
Suspek Dinh Thi Huong berumur 35 tahun warganegara Viet Nam telah berjaya diberkas di dalam sebuah bilik penginapan di salah sebuah hotel di kawasan Berakas dipercayai terlibat menawarkan kegiatan khidmat seks.
Semasa serbuan tersebut pihak Polis telah menemukan beberapa bahan bukti seperti beberapa kepingan kondom dan wang tunai di lokasi kejadian dipercayai hasil daripada aktiviti tidak bermoral tersebut.
Suspek beserta semua bahan bukti dirampas dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]