Home > Bahasa Melayu
Sebutan Lanjut Kes Melibatkan Bekas Pegawai Kehakiman, 14 Februari 2019
February 9th, 2019 | 06:58 AM | 405 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kes yang melibatkan bekas pegawai kehakiman Ramzidah binti Pehin Datu Kesuma Diraja Kol (B) Haji Abdul Rahman dan Haji Nabil Daraina bin Pehin Udana Khatib Dato Paduka Ustaz Haji Badaruddin telah disebutkan baru-baru ini, iaitu pada 6 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi di hadapan Pendaftar Mahkamah Besar, Yang Arif Muhammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli yang menjalankan fungsinya sebagai Hakim menurut Seksyen 29 (1) Akta Mahkamah Besar, Bab 5. Yang Arif telah memaklumkan bahawa Pesuruhjaya Kehakiman, Yang Arif Gareth Lugar-Mawson masih lagi kurang sihat dan sebutan lanjut kes ini ditetapkan pada 14 Februari 2019, jam 2.00 petang.
Orang ramai dimaklumkan bahawa walaupun prosiding berada di mahkamah terbuka, ruang di dalam galeri awam adalah terhad dan fotografi atau rakaman video tidak dibenarkan di dalam bilik mahkamah. Orang ramai juga diingatkan untuk mematuhi etika mahkamah semasa menghadiri prosiding.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]