FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Panglima TUDM Dianugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB


Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud kepada Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral

 


 February 9th, 2019  |  07:12 AM  |   886 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM sebagai penghargaan jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan TUDM.

 

Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi acara penganugerahan tersebut dan juga kunjungan pengenalan beliau ke TUDB.

 

Sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM disambut dengan Tabik Hormat daripada Barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota TUDB dan diteruskan dengan Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB.

 

Semasa lawatan pengenalan ini, beliau telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Kedua-dua pihak mengesahkan hubungan yang lama terjalin dan kuat di antara kedua-dua angkatan udara.

 

TUDB dan TUDM berinteraksi dengan kerap melalui banyak pertukaran dan latihan yang telah memperdalam persefahaman dan persahabatan antara kedua-dua angkatan udara.

 

Beliau juga turut mengadakan kunjungan hormat yang berasingan kepada Pemerintah ABDB dan Pemerintah TUDB.

 

Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah mengambil alih tugas sebagai Panglima TUDM pada 21 Disember 2016.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47