Home > Bahasa Melayu
Imarahkan Masjid Dengan Surah Al-Kahfi
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Da
February 9th, 2019 | 07:17 AM | 245 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB) meneruskan aktiviti mingguan dalam mengimarahkan masjid berkenaan dengan mengadakan bacaan Surah Al-Kahfi beramai-ramai di masjid berkenaan, di sini.
Majlis yang diadakan sejurus selepas menunaikan Solat Fardu Subuh itu disertai oleh lebih 70 jemaah.
Antara yang menyertai majlis penuh berkat ini ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Program seperti ini adalah bagi mencapai visi dan misi MRSB iaitu menjadikan MRSB sebagai pusat ibadah dan perkembangan ilmu bagi membentuk masyarakat yang bertakwa (berilmu, beriman dan beramal soleh) ke arah mencapai hasrat negara zikir.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]