Home > Bahasa Melayu
Peserta Program Akademi Dakwah 2.0 Didedahkan Tentang Kepentingan 'Akhlak'
February 10th, 2019 | 06:44 AM | 488 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Program Akademi Dakwah 2.0 diteruskan dengan sesi kedua yang bertemakan 'Akhlak' yang dianjurkan oleh Ahli Jawantankuasa Badan Sukarelawan Belia Da'ie, Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dengan kerjasama Program Keugamaan Belia (PKB) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Program berlangsung di PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Para peserta akan bermalam di asrama PDI. Semua peserta akan memulakan Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
Sesi kedua akan lebih menekankan tentang akhlak sesorang, terutama sekali bagi pendakwah kerana ilmu tanpa akhlak adalah sia-sia. Sehinggakan ada seorang ulama bernama Syaikh Muhammad Bin Shalih Al-'Utsaimin Rahimahullah berkata "Seorang penuntut ilmu, jika tidak menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, maka tidak ada faedah menuntut ilmunya."
Pengisian pada hari pertama ialah kuliah yang bertajuk "Da'ie Yang Berakhlak Qurani" yang disampaikan oleh Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Haji Ahmad @ Asri Lubis Haji Abusamah.
Manakala, pada hari kedua disikan dengan kuliah yang bertajuk "How To Be A Good Listener?" yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kaunselor, Jabatan Penjara, Awang Fariszal bin Ali.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]