Home > Bahasa Melayu
Kibar Bendera Sempena Hari Kebangsaan Ke-35 Tahun
February 10th, 2019 | 06:49 AM | 323 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-35 Tahun 2019 dan bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan serta pemasangan dan penyalaan lampu-lampu cucul di bangunan-bangunan kerajaan dan sektor swasta mulai hari Sabtu, 11 Jamadilakhir 1440 bersamaan 16 Februari 2019 sehingga hari Isnin, 20 Jamadilakhir 1440 bersamaan 25 Februari 2019.
Dalam hubungan ini Pengiran-pengiran akan mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]