Home > Bahasa Melayu
Terima Padah Akibat Pecah Amanah, Pemalsuan Dokumen
February 10th, 2019 | 06:51 AM | 401 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menahan seorang wanita warga tempatan dipercayai terlibat dengan melakukan Pecah Amanah dan Pemalsuan Dokumen syarikat.
Tertuduh Norfizalahyati binti Abdullah berumur 35 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Perantaraan dengan dua pertuduhan yang melibatkan kes Pecah Amanah dan Pemalsuan dokumen ke atas sebuah syarikat di tempat tertuduh bertugas.
Tertuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen 408 & 468 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan telah dijatuhkan hukuman selama 29 bulan pemenjaraan yang bermula pada 4 Februari ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]