FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


20 Peserta Sertai Kursus Eksekutif Halal


PESERTA Kursus Eksekutif Halal anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat ketika bergambar ramai.

 


 February 10th, 2019  |  06:55 AM  |   322 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 20 peserta menghadiri Kursus Eksekutif Halal anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang berlangsung di Bilik Bankuet universiti berkenaan.

 

Para peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat swasta; para pemilik perniagaan, pengeluar makanan, pengedar produk, para ahli akademik serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan orang awam.

 

Kursus disampaikan oleh Pensyarah UNISSA, Profesor Madya Dr. Nurdeng Deuraseh selaku fasilitator kursus tersebut.

 

Kursus yang diadakan selama sehari itu dibahagikan kepada dua sesi, iaitu pagi dan petang.

 

Pada sebelah pagi kursus berkenaan, Profesor Madya Dr. Nurdeng Deuraseh antara lain membentangkan tajuk 'Halalan Thayyiban dalam Al-Quran', 'Halalan Thayyiban dalam Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam' dan 'Falsafah Halalan Thayyiban'.

 

Manakala pada sesi petang pula, para peserta diberikan taklimat bertajuk 'Perkara Halal untuk Jangkauan Global' yang antaranya mengetengahkan mengenai pendidikan halal dan aplikasinya bagi industri halal global.

 

Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan mengenai halal dan haram dalam Islam, di samping bagi mendedahkan kepentingan falsafah Halalan Thayyiban untuk difahami serta diamalkan dalam kehidupan.

 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan piawaian halal, peraturan berkaitan dalam industri halal dan mendedahkan pendidikan halal sebagai pengetahuan asas dalam industri berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06