FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PERMATA 2.0 Juara Koir Lagu Patriotik Daerah Belait


PESERTA-peserta yang menyertai pertandingan koir AHLI Majlis Mesyuarat Negara, selaku Penghulu Mukim Liang Zon 1, Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin hadir selaku tetamu kehormat pada pertandingan tersebut.

 


 February 10th, 2019  |  06:58 AM  |   337 views

KUALA BELAIT

 

Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik antara Mukim-mukim bagi Program Semarak Pengibaran Bendera Negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-35 Tahun 2019 Anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2019 diteruskan lagi pada hari ini bagi Daerah Belait.

 

Pada pertandingan tersebut, kumpulan koir PERMATA 2.0 dari Mukim Seria 'Tanah Airku' yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah BND1,500.00 dan sijil penyertaan. Sementara naib juara pula dimenangi oleh kumpulan koir RAWDAH dari Mukim Belait 'Tekad Kemerdekaan' yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai BND1,300.00 dan sijil penyertaan.

 

Kumpulan koir MPK LABI1 dari Mukim Labi 'Berkibarlah Bendera' menduduki di tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah BND1,000.00 dan sijil penyertaan.

 

Manakala Sagu Hati membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah BND500.00 beserta sijil penyertaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, selaku Penghulu Mukim Liang Zon 1, Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin yang berlangsung di Dewan Maktab Anthony Abell, Seria, Daerah Belait.

 

Turut hadir Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad. Juga hadir ialah Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung, para pegawai kanan Jabatan Penerangan serta penduduk-penduduk kampung mewakili kampung masing-masing.

 

Pertandingan ini dibukakan kepada penduduk mukim-mukim di seluruh negara dan dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dengan melibatkan Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah di keempat-empat daerah sebagai rakan strategik bagi mengungkayahkan program ini sekali gus menjadi platform atau landasan dalam mencungkil, menggilap bakat dalam kalangan penduduk mukim dan kampung yang berani tampil di khalayak ramai.

 

Pertandingan ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat ingin berjaya, menyemai semangat daya saing serta membina keyakinan diri. Bakat-bakat ini nanti akan mampu diketengahkan dalam pelbagai cabang seni nyanyian, lakonan, tarian dan pengacaraan.

 

Sementara objektif pertandingan ini dianjurkan adalah bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk mukim dan kampung selain menjadi platform bagi penyanyi berkumpulan terus berkarya, di samping dapat mengisi ruang dan peluang dalam program-program seperti Pentarama atau seumpamanya yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, JPM.

 

Ia juga bagi memupuk semangat berdaya saing dan patriotik melalui lagu-lagu yang dipertandingkan dan meningkatkan kesedaran bernegara melalui penghayatan berbentuk hiburan yang terpimpin.

 

Melalui pertandingan ini juga kumpulan-kumpulan koir boleh digunakan bagi acara-acara kenegaraan yang diungkayahkan oleh mana-mana Majli Perundingan Mukim (MPM) / Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan jabatan / kementerian kerajaan dan pemenang kumpulan koir akan diberi peluang untuk membuat rakaman di RTB dan diputarkan di corong radio.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07